Asalam,
GPA dan CGPA merupakan dua perkara yang berbeza tetapi mempunyai perwatakan yang sama. Ianya mempunyai kaitan dan pertalian antara satu sama lain yang tak dapat dipisahkan. GPA dan CGPA merupakan kayu pengukur yang
digunakan oleh institusi pengajian tinggi untuk menilai tahap pencapaian pelajar-pelajar mereka.
GPA ialah (Grade Point Average) ataupun
dalam bahasa Malaysia bermaksud Purata Nilai Gred manakala CGPA ialah (Cumulative
Grade Point Average) iaitu Purata Nilai Gred Kumulatif atau terkumpul. Di bawah ini saya akan
menjelaskan apa itu GPA dan CGPA.
Selalunya jika anda masih belajar dalam sem. 1 atau 2 apabila keluar result exam kawan-kawan akan tanya GPA anda. 'Ehh GPA kau berapa eek?' Ianya merujuk kepada keputusan pointer semester semasa anda. Tetapi sebaliknya setelah anda tamat belajar, orang akan tanya pula pencapaian CGPA anda. Terutama ketika hendak ditemuduga untuk memohon sesuatu jawatan. Ketahuilah melalui pointer CGPA anda penemuduga sudah dapat menilai tahap pencapaian anda dalam pengajian. Baik atau sekadar cukup makan sahaja. Cuba anda bayangkan, siapa agaknya penemuduga akan pilih berdasarkan CGPA tadi?
1. GPA
GPA merupakan markah dan gred anda untuk setiap semester. Ianya
dikira bermula dari markah bagi setiap subjek yang diambil untuk sesuatu semester. Markah dari setiap subjek ini akan didarap dan dibahagi
dengan jumlah kredit yang diambil. Selalunya setiap subjek akan mempunya 2 ataupun 3
kredit. So markah anda kebiasaanya akan dikira seperti dibawah ini. Tetapi
terlebih dahulu anda kena faham apa itu ‘pointer’ dan aper itu ‘jam kerdit’.
Sebagai pelajar universiti anda kenalah faham dan ambil berat tentang benda
ini. Kerana ianya melibatkan gred anda bila tamat nanti.
‘Pointer’ akan dikira mengikut
pencapaian anda bagi setiap subjek yang diambil dalan semester semasa. Kalau
bagus pencapaian anda boleh dapat A, kalau serdehana mungkin anda dapat B atau
pun C.
Pointer skel
Manakala ‘jam kredit ’ pula adalah
pemberat bagi sesuatu subjek. Ianya juga dikira sebagai jam pertemuan dangan
lecture. Lagi berat subjek tersebut lagi
tinggi jam kredit nya. Lihat contoh credit hours seperti di bawah nie dan Sila
rujuk jadual diatas untuk pengiraan.
NO.
|
COURSE
CODE
|
NAME OF COURSE
|
CREDIT
HOURS
|
* GRADE
|
CONTOH MARKAH
|
RESULT
|
1.
|
BEL482
|
BUSINESS AND PROFESSIONAL
COMMUNICATION
|
2.0
|
A-
|
3.67 X 2 credit = 7.34
|
LULUS
|
2.
|
IMC406
|
LIBRARY SKILLS
|
3.0
|
A
|
4.00 X 3 credit = 12.00
|
LULUS
|
3.
|
IML454
|
LIBRARY AND INFORMATION CENTER
MANAGEMENT
|
3.0
|
B+
|
3.33 X 3 credit = 9.99
|
LULUS
|
4.
|
IML553
|
PUBLIC RELATIONS IN INFORMATION
WORK
|
3.0
|
A
|
4.00 X 3 credit = 12.00
|
LULUS
|
Contoh markah bagi semester semasa
Contoh pengiraan pointer GPA |
2. CGPA
‘CGPA’ pula merupakan markah keseluruhan bagi
semua semester yang telah dilalui. Jumlah pointer dari semester satu dan akan
di campurkan semua semester sehingga sem. akhir. Anda boleh membaiki CGPA anda
dengan meningkatkan grade GPA anda pada setiap semester. GPA ini amat berkait rapat
terus dengan CGPA. Jiak setiap sem. Jika markah GPA anda rendah secara tidak lansung
CGPA akan turut rendah juga. So yang penting jaga GPA anda pada setiap sem. Dapatkan
markah yang terbaik untuk setiap subjek dengan mengunakan formula ‘A + T x
Fe’ (Assignment+Test x Final exam) yang abang nyatakan dalam siaran yang lepas.
So dibawah ini adalah contoh GPA dan
CGPA setiap sem. Untuk current semester jumlah pointer GPA adalah 3.44.
Manakala 'Semester in total' pula adalah jumlah CGPA anda iaitu 3.50.
Pengiraannya sama dengan menggunakan formula di atas, cuma perbezaan ialah GPA sem. 1 akan dicampur dengan sem. seterusnya dan dibahagi dengan jumlah kredit yang telah diambil.
Cara pengiraan CGPA |
Sekian.
TQ
TQ
assalamualaikum nak tnya,,ada cara x mcm na nk dpt rsult semester2 yg lepas..
ReplyDeleteWaalaikummursalam,
ReplyDeleteSaudara boleh menghubungi pihak pentadbiran INeD untuk mendapatkan bantuan dari pegawai yang bertugas dengan melayari webpage berikut:-
http://www.ined.uitm.edu.my/index.php/contact-us/pusat-pengajian/ppi
ataupun boleh menghubungi terus pegawai berikut untuk bantuan :
Cik Wan Raizan Bt Wan Rasmi
Pembantu Tadbir (Program AC220,SR241,IM244, IM245, IM246 & MC222/242)
emel: wanraizan1586@salam.uitm.edu.my
Tel: 03-5544 8358
Fax: 03-5544 8354
TQ
Assalamualaikum nak tanya kalau cgpa tu boleh menurun ke ya? Contoh sem 3 dapat cgpa 3.32 then tiba tiba sem 4 dapat cgpa 3.22 sebab gpa menurun..mohon penjelasan..tq
ReplyDeleteWaalaikummursalam,
ReplyDeleteTQ for asking,
Jawapannya ya. Perubahan yg berlaku pada CPA anda pada setiap semester akan sentiasa memberi kesan besar kepada CGPA anda. Kerana CGPA ini akan dikira semula mengikut bilangan kredit yang telah diambil untuk setiap semester.
Seperti contoh yang telah anda berikan:
Sem. 3 CGPA: 3.32 (CPA \ 11 kredit)
Sem. 4 CGPA: 3.22 (CPA \11 kredit)
CGPA diatas ini telah dicampur dan dibahagikan untuk 4 semester yg telah anda lalui. Penurunan CGPA berlaku disebabkan penurunan CPA anda pada sem. 4. CPA ini akan dikira semula dan dibahagi bilangan kredit untuk semua semester.
Untuk menaikan semula CGPA, anda kena meningkatkan result CPA untuk sem. 5. Sebaliknya jika berlaku lagi penurunan pada CPA anda pada sem 5maka CGPA anda juga akan turut menurun lagi.
Pastikan CPA anda sentiasa konsisten untuk setiap semester dan CGPA anda sentiasa above 3.0 ok.
Gud Lak. Kipidap.
cpa dgn cgpa sama x....
ReplyDeleteSalam Nurhasimah,
DeleteCPA adalah pointer result exam anda untuk sesuatu semester. Turun naik pointer ini akan berkaitrapat dengan CGPA anda.
Manakala CGPA adalah pointer terkumpul (hitung panjang) untuk semua semester yang pernah anda lalui.
Kesimpulannya jaga poiter anda untuk setiap semester. Jika pointer anda untuk setiap semester baik dgn secara automatic CGPA akan jadi baik.
TK
assalammualaikum tumpang tnya . kalau gpa 3.48 , dan cgpa 3.52 . maknanya bukan dekan la kan ?
ReplyDeleteWsalam Dik,
DeleteUntuk mendapat Dean list atau Anugerah dekan adik perlu mendapat minimum GPA 3.50. Manakala CGPA akan diambilkira bila tamat pengajian 3.50 keatas untuk ijazah 'Kelas Pertama'.
TQ
assalamualaikum. ape beza pointer uitm dgan poiter upu? Dan mcam mana nak kira pointer utk upu? tenkiu :)
ReplyDeleteWsalam Mai,
DeletePointer UiTM Sem.1 + Sem.2 = Pointer UPU
Pointer UPU adalah berdasarkan keputusan akhir untuk pelajar ’ PraU’ seperti Program Asasi/Matrik dan STPM. Pointer UPU ini dikeluarkan oleh Pusat Pengajian IPTA atau Kolej Matrik manakala untuk pelajar STPM ianya dikeluarkan olen Kementerian Pendidikan . Keputusan Pointer UPU ini membolehkan meraka memohon kemasukkan secara merit ke Pusat Pengajian Tinggi pilihan meraka.
Pointer UiTM sem. 1 + sem. 2 = Pointer UPU.
Kebiasaanya Pointer UPU ini diambil secara purata dari setiap 3 subjek utama. . Formula yang digunakan adalah seperti berikut : Subject (sem 1 + sem 2) /2.
Bagi pelajar yang membuat Program Asasi di UiTM pula, kedua-dua pointer ini adalah sangat berkait rapat kerana pointer UITM meraka akan diterjemahkan kepada Pointer UPU. Jika tinggi pointer UITM untuk kedua-dua semester, maka Pointer UPU juga akan menjadi tinggi.
TQ
Sila lawati blog di bawah ini untuk contoh pengiraan:-
http://mohdsuhaimi95.blogspot.my/2014/05/ResultPointerUPU.html
http://www.lakiterok.com/2015/03/jom-sambung-belajar-asasi-uitm.html
baik. terima kasih
DeleteSalam..sy nk tnye mcm ne klo gpa dapat 3.5 ke atas tp jm kredit bawah 12 jam..tuh tak dikira dekan erk?
ReplyDeleteSalam..sy nk tnye mcm ne klo gpa dapat 3.5 ke atas tp jm kredit bawah 12 jam..tuh tak dikira dekan erk?
ReplyDeleteSalam. Saya dapat cgpa akhir 2.97 tp sy benar bhrp at least jadi 3.00. Ade tak cara? Macam sekarang degree saya second class lower kan?
ReplyDeleteSaya ada app buat app untuk kire gpa dengan cgpa....boleh download dan install dari play store, search 4 flat ataupun click link dibawah:
ReplyDeletehttps://play.google.com/store/apps/details?id=com.sluung.izzulaslam.a4flat&hl=en
Kalo nak nk direct install apk pun boleh dari website saya, click link dibawah:
http://www.izzulaslam.com/en/component/jdownloads/download/3-4flat/3-unsigned-4flat-apk
Jangan risau, free je app ni....semoga berjaya dan terima kasih!
Assalam nak tanya.
ReplyDelete1)Kalau untuk sambung degree atau nak dapat kerja nanti, dia akan tengok CGPA lah yg utama kan?
2) Kalau GPA sem1 3.4, sem2 3.72, sem3 3.06.. ada peluang tak nak sambung degree?
Assalam nak tanya.
ReplyDelete1)Kalau untuk sambung degree atau nak dapat kerja nanti, dia akan tengok CGPA lah yg utama kan?
2) Kalau GPA sem1 3.4, sem2 3.72, sem3 3.06.. ada peluang tak nak sambung degree?
Saya nak tnye, klau program master uitm cgpa 3.81 tp kredit hour saya 7 and saya tgk result dia tulis pass instead of dekan. Ke sebab kredit hour saya kurang?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteadakah latihan industri mampunyai markah untuk cgpa
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteHai boleh saya tahu adakah cgpa 3.26 DIKIRA teruk untuk diploma ? Adakah susah untuk mencari perkerja an?
ReplyDeleteAssalammualaikum... nak tanya, kalau kita kurang datang kelas, adakah credit hours kita akan menurun?
ReplyDeleteterima kasih. sangat membantu
ReplyDeleteAssalamualaikum...
ReplyDeletePertanyaan saya, seorang pelajar e-PJJ Degree, setelah daftar lalu mendapat Pengecualian Kredit untuk beberapa subjek (subjek sem 1, 2, 3 dan 4) daripada keseluruhan bilangan subjek yang perlu diambil untuk Degree, ketika sem 1 pengajian e-PJJ, pelajar tersebut mengambil 4 subjek yang terdiri daripada subjek sem 1, sem 3 dan juga sem 5 (baki daripada subjek-subjek yang telah mendapat Pengecualian Kredit). Selepas exam dan result keluar, result tersebut adalah bagi 4 subjek yang diambil pada sem 1 (campuran subjek dari sem 1, 3 dan 5);
1) adakah result pelajar tersebut mengikut result yang dikeluarkan ini ataupun akan ada pengiraan semula iaitu termasuk dengan subjek-subjek yang telah diberikan Pengecualian Kredit?
Result ikut subjek diambil..sy pn dapat pc..yg dh pc tu ibarat course kita dh jd lebih pendek..xkna ambil dah..trus ambil subjek sem seterusnya..
DeleteSaya nak tanya, jika saya dapat 4 flat untuk praktikal dengan 7 pointer, saya tak boleh dapat dean list ke sebab saya extend sem bermakna saya praktikal bukan dalam sem yang sama macam orang lain?
ReplyDeleteSaya ada cgpa calculation guna excel. Boleh kira dari sem 1 sampai sem akhir. Berminat email saya hishamdesa@unikl.edu.my atau download dari link https://padlet.com/hmdesa/stu94o06c6jw tapi sila tinggalkan massage ( nama dan dari Universiti mana). FREE.
ReplyDeletesaya nak tanya kalau ada satu subjek yng gagal,tapi dkt bwh tu dia tulis PASS,dikira lulus ka?
ReplyDeleteLulus..tapi awak kena repeat subjek yg awak gagal tu
DeleteSalam,cemana nak tahu credit hours
ReplyDeleteSalam, kalau repeat paper elective berapa rm per hour?
ReplyDeletesalam. nak tanya, jika kita ulang kursus C- ke bawah & peroleh A misalnya, macam mana nak kira pointer?adakah pointer sem lepas bagi kursus tersebut akan di reset semula & digantikan dengan pointer yang baru?
ReplyDeleteAssalamualaikum,saya Nak tanya kalau cgpa bawah 2.00 Dan dapat P2 di semester ketiga,apa ye Maksud dia Dan Macam ye semester akan dating?
ReplyDelete#datang
ReplyDeleteAssalamualaikum, saya mahu bertanya sekiranya saya mendapat dekan pada semester 1, 3, 4 dan 5 tetapi tidak mendapat dekan semasa semester 2 dengan cgpa saya 3.6,adakah saya layak untuk mendapat anugerah naib canselor? Anugerah naib canselor ini memerlukan seorang pelajar untuk mendapat dekan setiap semester atau hanya perlu mendapatkan cgpa 3.5 ke atas? Mohon dapat menjawab kekeliruan saya ini
ReplyDeleteutk ANC perlu dapat AD setiap semester.
DeleteSalam sejahtera. Saya ingin meminta pencerahan. Saya ingin memohon biasiswa international bagi undergrade student. Tetapi syarat kelayakan CGPA adalah atas 80% atau mestilah top rank 20% di high school. Kesimpulannya, berapakah minimum CGPA yang perlu saya capai bagi graduan lepasan diploma seperti saya. Terima kasih atas perkongsian.
ReplyDeleteSalam..nk tya mcm mnaa nk kira cgpa keseluruhan sbb trnskrip sy hilang.formula nk dpt cgpa keseluruhan graduasi utk kita isi d form cari kerja.
ReplyDeleteSalam..nk
ReplyDeletetanya kehadiran dikira Markah final ke??
Assalamualaikum nak tanya kalau kita x ambil midterm yang bernilai 40% agak agak kita boleh lulus x subjek tersebut
ReplyDeleteKalau 1.84 macam ea bang. Ia lulus atau pun tak?
ReplyDeleteAssalamualaikum.. nak tanya kalau ada 1 subjek yang kita dan perlu repeat next sem, adakah subjek tersebut dikira dalam pointer CGPA kita?? Terima kasih😊
ReplyDeleteApa maksud skala cgpa??
ReplyDeletesalam.. nak tnya, pengambilan subjek koku akan beri kesan pada mrkah GPA student atau tidak ye?
ReplyDeletenak tanya adakah CGPA untk level diploma sama dengan Level Ijazah?
ReplyDeleteAssalamualaikum hye nk tnye , klu jam kredit rendah ..posibility utk dpt 3.0 and above tinggi x?
ReplyDeleteAssalamualaikum and hi. Saya ada baca utk dapat TS (complete AD) cgpa kena 3.5. Tapi cgpa saya di akhir sem hanya 3.45 dan dapat TS (complete AD). Saya risau kena fake hope je dan mohon boleh beri penjelasan. Terima kasih
ReplyDeletedi bahagian isi jawatan ada dinyatakan peringkat kelulusan diploma dengan kelulusan cgpa. Apakah maksud peringkat kelulusan dengan kelulusan cgpa adakah ia menyatakan bahawa pointer lulusan permulaan contoh lulus bermula dari 2.0 dan satu lagu column ada tertulis cgpa(PNGK) adakah ia purata jumlah keseluruhan pointer pengajian kita utk final sem.
ReplyDelete