Sunday 21 June 2015

APA ITU GPA DAN CGPA?

Asalam,

GPA dan CGPA merupakan dua perkara yang berbeza tetapi mempunyai perwatakan yang sama. Ianya mempunyai kaitan dan pertalian antara satu sama lain yang tak dapat dipisahkanGPA dan CGPA merupakan kayu pengukur yang digunakan oleh institusi pengajian tinggi untuk menilai tahap pencapaian pelajar-pelajar mereka.

GPA ialah (Grade Point Average) ataupun dalam bahasa Malaysia bermaksud Purata Nilai Gred manakala CGPA ialah (Cumulative Grade Point Average) iaitu Purata Nilai Gred Kumulatif atau terkumpul. Di bawah ini saya akan menjelaskan apa itu GPA dan CGPA

Selalunya jika anda masih belajar dalam sem. 1 atau 2 apabila keluar result exam kawan-kawan akan tanya GPA anda. 'Ehh GPA kau berapa eek?' Ianya merujuk kepada keputusan pointer semester semasa anda. Tetapi sebaliknya setelah anda tamat belajar, orang akan tanya pula pencapaian CGPA anda. Terutama ketika hendak ditemuduga untuk memohon sesuatu jawatan. Ketahuilah melalui pointer CGPA anda penemuduga sudah dapat menilai tahap pencapaian anda dalam pengajian. Baik atau sekadar cukup makan sahaja. Cuba anda bayangkan, siapa agaknya penemuduga akan pilih berdasarkan CGPA tadi? 

1.    GPA
GPA merupakan markah dan gred anda untuk setiap semester. Ianya dikira bermula dari markah bagi setiap subjek yang diambil untuk sesuatu semester. Markah dari setiap subjek ini akan didarap dan dibahagi dengan jumlah kredit yang diambil. Selalunya setiap subjek akan mempunya 2 ataupun 3 kredit. So markah anda kebiasaanya akan dikira seperti dibawah ini. Tetapi terlebih dahulu anda kena faham apa itu ‘pointer’ dan aper itu ‘jam kerdit’. Sebagai pelajar universiti anda kenalah faham dan ambil berat tentang benda ini. Kerana ianya melibatkan gred anda bila tamat nanti.

‘Pointer’ akan dikira mengikut pencapaian anda bagi setiap subjek yang diambil dalan semester semasa. Kalau bagus pencapaian anda boleh dapat A, kalau serdehana mungkin anda dapat B atau pun C.

Pointer skel

Manakala ‘jam kredit ’ pula adalah pemberat bagi sesuatu subjek. Ianya juga dikira sebagai jam pertemuan dangan lecture. Lagi berat subjek tersebut  lagi tinggi jam kredit nya. Lihat contoh credit hours seperti di bawah nie dan Sila rujuk jadual diatas untuk pengiraan.

NO.
COURSE
 CODE
NAME OF COURSE
CREDIT
 HOURS
* GRADE
CONTOH MARKAH
RESULT
 1.
 BEL482
 BUSINESS AND PROFESSIONAL COMMUNICATION
2.0
A-
3.67 X 2 credit = 7.34
LULUS
 2.
 IMC406
 LIBRARY SKILLS
3.0
A
4.00 X 3 credit = 12.00
LULUS
 3.
 IML454
 LIBRARY AND INFORMATION CENTER MANAGEMENT
3.0
B+
3.33 X 3 credit = 9.99
LULUS
 4.
 IML553
 PUBLIC RELATIONS IN INFORMATION WORK
3.0
A
4.00 X 3 credit = 12.00
LULUS
Contoh markah bagi semester semasa

Contoh pengiraan pointer GPA
     2.    CGPA
‘CGPA’ pula merupakan markah keseluruhan bagi semua semester yang telah dilalui. Jumlah pointer dari semester satu dan akan di campurkan semua semester sehingga sem. akhir. Anda boleh membaiki CGPA anda dengan meningkatkan grade GPA anda pada setiap semester. GPA ini amat berkait rapat terus dengan CGPA. Jiak setiap sem. Jika markah GPA anda rendah secara tidak lansung CGPA akan turut rendah juga. So yang penting jaga GPA anda pada setiap sem. Dapatkan markah yang terbaik untuk setiap subjek dengan mengunakan formula ‘A + T x Fe’ (Assignment+Test x Final exam) yang abang nyatakan dalam siaran yang lepas.

So dibawah ini adalah contoh GPA dan CGPA setiap sem. Untuk current semester jumlah pointer GPA adalah 3.44. Manakala 'Semester in total' pula adalah jumlah CGPA anda iaitu 3.50. Pengiraannya sama dengan menggunakan formula di atas, cuma perbezaan ialah GPA sem. 1 akan dicampur dengan sem. seterusnya dan dibahagi dengan jumlah kredit yang telah diambil.

Cara pengiraan CGPA
Contoh result dgn GPA dan CGPA
Kesimpulannya angka-angka ini amat penting untuk masa depan adik-adik. Dengan pointer GPA dan CGPA yang baik adik-adik akan mempunyai kelebihan dan peluang untuk  memilih jawatan yang sesuai untuk anda.

Sekian.

TQ

49 comments:

  1. assalamualaikum nak tnya,,ada cara x mcm na nk dpt rsult semester2 yg lepas..

    ReplyDelete
  2. Waalaikummursalam,

    Saudara boleh menghubungi pihak pentadbiran INeD untuk mendapatkan bantuan dari pegawai yang bertugas dengan melayari webpage berikut:-

    http://www.ined.uitm.edu.my/index.php/contact-us/pusat-pengajian/ppi

    ataupun boleh menghubungi terus pegawai berikut untuk bantuan :

    Cik Wan Raizan Bt Wan Rasmi
    Pembantu Tadbir (Program AC220,SR241,IM244, IM245, IM246 & MC222/242)
    emel: wanraizan1586@salam.uitm.edu.my
    Tel: 03-5544 8358
    Fax: 03-5544 8354

    TQ

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum nak tanya kalau cgpa tu boleh menurun ke ya? Contoh sem 3 dapat cgpa 3.32 then tiba tiba sem 4 dapat cgpa 3.22 sebab gpa menurun..mohon penjelasan..tq

    ReplyDelete
  4. Waalaikummursalam,

    TQ for asking,

    Jawapannya ya. Perubahan yg berlaku pada CPA anda pada setiap semester akan sentiasa memberi kesan besar kepada CGPA anda. Kerana CGPA ini akan dikira semula mengikut bilangan kredit yang telah diambil untuk setiap semester.

    Seperti contoh yang telah anda berikan:

    Sem. 3 CGPA: 3.32 (CPA \ 11 kredit)
    Sem. 4 CGPA: 3.22 (CPA \11 kredit)

    CGPA diatas ini telah dicampur dan dibahagikan untuk 4 semester yg telah anda lalui. Penurunan CGPA berlaku disebabkan penurunan CPA anda pada sem. 4. CPA ini akan dikira semula dan dibahagi bilangan kredit untuk semua semester.

    Untuk menaikan semula CGPA, anda kena meningkatkan result CPA untuk sem. 5. Sebaliknya jika berlaku lagi penurunan pada CPA anda pada sem 5maka CGPA anda juga akan turut menurun lagi.

    Pastikan CPA anda sentiasa konsisten untuk setiap semester dan CGPA anda sentiasa above 3.0 ok.

    Gud Lak. Kipidap.

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Salam Nurhasimah,

      CPA adalah pointer result exam anda untuk sesuatu semester. Turun naik pointer ini akan berkaitrapat dengan CGPA anda.

      Manakala CGPA adalah pointer terkumpul (hitung panjang) untuk semua semester yang pernah anda lalui.

      Kesimpulannya jaga poiter anda untuk setiap semester. Jika pointer anda untuk setiap semester baik dgn secara automatic CGPA akan jadi baik.

      TK

      Delete
  6. assalammualaikum tumpang tnya . kalau gpa 3.48 , dan cgpa 3.52 . maknanya bukan dekan la kan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Dik,

      Untuk mendapat Dean list atau Anugerah dekan adik perlu mendapat minimum GPA 3.50. Manakala CGPA akan diambilkira bila tamat pengajian 3.50 keatas untuk ijazah 'Kelas Pertama'.

      TQ

      Delete
  7. assalamualaikum. ape beza pointer uitm dgan poiter upu? Dan mcam mana nak kira pointer utk upu? tenkiu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Mai,

      Pointer UiTM Sem.1 + Sem.2 = Pointer UPU

      Pointer UPU adalah berdasarkan keputusan akhir untuk pelajar ’ PraU’ seperti Program Asasi/Matrik dan STPM. Pointer UPU ini dikeluarkan oleh Pusat Pengajian IPTA atau Kolej Matrik manakala untuk pelajar STPM ianya dikeluarkan olen Kementerian Pendidikan . Keputusan Pointer UPU ini membolehkan meraka memohon kemasukkan secara merit ke Pusat Pengajian Tinggi pilihan meraka.

      Pointer UiTM sem. 1 + sem. 2 = Pointer UPU.
      Kebiasaanya Pointer UPU ini diambil secara purata dari setiap 3 subjek utama. . Formula yang digunakan adalah seperti berikut : Subject (sem 1 + sem 2) /2.
      Bagi pelajar yang membuat Program Asasi di UiTM pula, kedua-dua pointer ini adalah sangat berkait rapat kerana pointer UITM meraka akan diterjemahkan kepada Pointer UPU. Jika tinggi pointer UITM untuk kedua-dua semester, maka Pointer UPU juga akan menjadi tinggi.

      TQ
      Sila lawati blog di bawah ini untuk contoh pengiraan:-

      http://mohdsuhaimi95.blogspot.my/2014/05/ResultPointerUPU.html

      http://www.lakiterok.com/2015/03/jom-sambung-belajar-asasi-uitm.html

      Delete
  8. Salam..sy nk tnye mcm ne klo gpa dapat 3.5 ke atas tp jm kredit bawah 12 jam..tuh tak dikira dekan erk?

    ReplyDelete
  9. Salam..sy nk tnye mcm ne klo gpa dapat 3.5 ke atas tp jm kredit bawah 12 jam..tuh tak dikira dekan erk?

    ReplyDelete
  10. Salam. Saya dapat cgpa akhir 2.97 tp sy benar bhrp at least jadi 3.00. Ade tak cara? Macam sekarang degree saya second class lower kan?

    ReplyDelete
  11. Saya ada app buat app untuk kire gpa dengan cgpa....boleh download dan install dari play store, search 4 flat ataupun click link dibawah:

    https://play.google.com/store/apps/details?id=com.sluung.izzulaslam.a4flat&hl=en

    Kalo nak nk direct install apk pun boleh dari website saya, click link dibawah:

    http://www.izzulaslam.com/en/component/jdownloads/download/3-4flat/3-unsigned-4flat-apk

    Jangan risau, free je app ni....semoga berjaya dan terima kasih!

    ReplyDelete
  12. Assalam nak tanya.

    1)Kalau untuk sambung degree atau nak dapat kerja nanti, dia akan tengok CGPA lah yg utama kan?

    2) Kalau GPA sem1 3.4, sem2 3.72, sem3 3.06.. ada peluang tak nak sambung degree?

    ReplyDelete
  13. Assalam nak tanya.

    1)Kalau untuk sambung degree atau nak dapat kerja nanti, dia akan tengok CGPA lah yg utama kan?

    2) Kalau GPA sem1 3.4, sem2 3.72, sem3 3.06.. ada peluang tak nak sambung degree?

    ReplyDelete
  14. Saya nak tnye, klau program master uitm cgpa 3.81 tp kredit hour saya 7 and saya tgk result dia tulis pass instead of dekan. Ke sebab kredit hour saya kurang?

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. adakah latihan industri mampunyai markah untuk cgpa

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  18. Hai boleh saya tahu adakah cgpa 3.26 DIKIRA teruk untuk diploma ? Adakah susah untuk mencari perkerja an?

    ReplyDelete
  19. Assalammualaikum... nak tanya, kalau kita kurang datang kelas, adakah credit hours kita akan menurun?

    ReplyDelete
  20. terima kasih. sangat membantu

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum...
    Pertanyaan saya, seorang pelajar e-PJJ Degree, setelah daftar lalu mendapat Pengecualian Kredit untuk beberapa subjek (subjek sem 1, 2, 3 dan 4) daripada keseluruhan bilangan subjek yang perlu diambil untuk Degree, ketika sem 1 pengajian e-PJJ, pelajar tersebut mengambil 4 subjek yang terdiri daripada subjek sem 1, sem 3 dan juga sem 5 (baki daripada subjek-subjek yang telah mendapat Pengecualian Kredit). Selepas exam dan result keluar, result tersebut adalah bagi 4 subjek yang diambil pada sem 1 (campuran subjek dari sem 1, 3 dan 5);
    1) adakah result pelajar tersebut mengikut result yang dikeluarkan ini ataupun akan ada pengiraan semula iaitu termasuk dengan subjek-subjek yang telah diberikan Pengecualian Kredit?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Result ikut subjek diambil..sy pn dapat pc..yg dh pc tu ibarat course kita dh jd lebih pendek..xkna ambil dah..trus ambil subjek sem seterusnya..

      Delete
  22. Saya nak tanya, jika saya dapat 4 flat untuk praktikal dengan 7 pointer, saya tak boleh dapat dean list ke sebab saya extend sem bermakna saya praktikal bukan dalam sem yang sama macam orang lain?

    ReplyDelete
  23. Saya ada cgpa calculation guna excel. Boleh kira dari sem 1 sampai sem akhir. Berminat email saya hishamdesa@unikl.edu.my atau download dari link https://padlet.com/hmdesa/stu94o06c6jw tapi sila tinggalkan massage ( nama dan dari Universiti mana). FREE.

    ReplyDelete
  24. saya nak tanya kalau ada satu subjek yng gagal,tapi dkt bwh tu dia tulis PASS,dikira lulus ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lulus..tapi awak kena repeat subjek yg awak gagal tu

      Delete
  25. Salam,cemana nak tahu credit hours

    ReplyDelete
  26. Salam, kalau repeat paper elective berapa rm per hour?

    ReplyDelete
  27. salam. nak tanya, jika kita ulang kursus C- ke bawah & peroleh A misalnya, macam mana nak kira pointer?adakah pointer sem lepas bagi kursus tersebut akan di reset semula & digantikan dengan pointer yang baru?

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum,saya Nak tanya kalau cgpa bawah 2.00 Dan dapat P2 di semester ketiga,apa ye Maksud dia Dan Macam ye semester akan dating?

    ReplyDelete
  29. Assalamualaikum, saya mahu bertanya sekiranya saya mendapat dekan pada semester 1, 3, 4 dan 5 tetapi tidak mendapat dekan semasa semester 2 dengan cgpa saya 3.6,adakah saya layak untuk mendapat anugerah naib canselor? Anugerah naib canselor ini memerlukan seorang pelajar untuk mendapat dekan setiap semester atau hanya perlu mendapatkan cgpa 3.5 ke atas? Mohon dapat menjawab kekeliruan saya ini

    ReplyDelete
  30. Salam sejahtera. Saya ingin meminta pencerahan. Saya ingin memohon biasiswa international bagi undergrade student. Tetapi syarat kelayakan CGPA adalah atas 80% atau mestilah top rank 20% di high school. Kesimpulannya, berapakah minimum CGPA yang perlu saya capai bagi graduan lepasan diploma seperti saya. Terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  31. Salam..nk tya mcm mnaa nk kira cgpa keseluruhan sbb trnskrip sy hilang.formula nk dpt cgpa keseluruhan graduasi utk kita isi d form cari kerja.

    ReplyDelete
  32. Salam..nk
    tanya kehadiran dikira Markah final ke??

    ReplyDelete
  33. Assalamualaikum nak tanya kalau kita x ambil midterm yang bernilai 40% agak agak kita boleh lulus x subjek tersebut

    ReplyDelete
  34. Kalau 1.84 macam ea bang. Ia lulus atau pun tak?

    ReplyDelete
  35. Assalamualaikum.. nak tanya kalau ada 1 subjek yang kita dan perlu repeat next sem, adakah subjek tersebut dikira dalam pointer CGPA kita?? Terima kasih😊

    ReplyDelete
  36. salam.. nak tnya, pengambilan subjek koku akan beri kesan pada mrkah GPA student atau tidak ye?

    ReplyDelete
  37. nak tanya adakah CGPA untk level diploma sama dengan Level Ijazah?

    ReplyDelete
  38. Assalamualaikum hye nk tnye , klu jam kredit rendah ..posibility utk dpt 3.0 and above tinggi x?

    ReplyDelete
  39. Assalamualaikum and hi. Saya ada baca utk dapat TS (complete AD) cgpa kena 3.5. Tapi cgpa saya di akhir sem hanya 3.45 dan dapat TS (complete AD). Saya risau kena fake hope je dan mohon boleh beri penjelasan. Terima kasih

    ReplyDelete
  40. di bahagian isi jawatan ada dinyatakan peringkat kelulusan diploma dengan kelulusan cgpa. Apakah maksud peringkat kelulusan dengan kelulusan cgpa adakah ia menyatakan bahawa pointer lulusan permulaan contoh lulus bermula dari 2.0 dan satu lagu column ada tertulis cgpa(PNGK) adakah ia purata jumlah keseluruhan pointer pengajian kita utk final sem.

    ReplyDelete