Untungnya Menjadi Pelajar e-PJJ UITM.
Kenapa Abg kata bergitu?
Kenapa Abg kata bergitu?
Kerana Abg telah melaluinya. Mengikut sejarah dulu UiTM hanya menawarkan pengajian secara PLK (Pengajian Luar Kampus) yang memberi fokus dan peluang kepada mereka yang telah bekerja di area KL/Selangor. Kelas diadakan pada sebelah malam mula dari enam (6) petang sehingga 10 malam setiap hari. Iaitu selepas habis waktu bekerja. So tak ramai yang berani menyahut cabaran tersebut, kerana batasan waktu.
Kini dengan adanya
pengajian secara ePJJ (flexible) lebih ramai lagi anak-anak Bumiputra yang berpeluang untuk menyambung
pengajian keperingkat tinggi. EPjj nie best, antara faktornya ialah anda cuma perlu menghadiri kelas sebanyak 5
kali pertemuan sahaja dalam satu semester. Kelas pula dijalankan pada hari Ahad, kekerapan kelas hanya dua minggu sekali. Selain itu pelajar cuma perlu aktif berinteraksi
dengan lecture di dalam ‘Iclass’ secara atas talian. Mudahkan.
Kepada adik-adik yang duduk di area KL dan Selangor jangan lepaskan peluang ini. Kelebihan yang anda ada ialah duduk dekat dengan kawasan kampus di Shah Alam. Percaya atau tidak ramai antara pelajar ePJJ datang jauh dari luar KL seperti Kelantan, Sabah, Sarawak, Johor dan Perak dll. Apa alasan anda untuk tidak sambung belajar. Jika tidak sekarang bila lagi. Sendiri mau ingat.
Pensyarah-pensyarah
pula sangat berdidikasi, baik hati dan bertimbang rasa. Mungkin salah satu
faktor ialah kami semua ini pelajar tua kot. Tetapi aper yang selalu saya dengar dari mulut pensayarh sendiri ialah “Pelajar ePJJ nie mature sikit, tak macam pelajar perdana masih malu dan tersipu-sipu lagi. Memang ader
kebenarannya kerana pelajar ePJJ nie lebih fokus semasa lecture mengajar. Tak banyak huha huha, maklum la dah dewasa, memory
pun dah kira low. Kena lebih fokus dalam
kelas. Kalau tidak nanti boleh hilang arah.
Tentang bayaran
yuran pula anda semua tak perlu bimbang. PTPTN kan ader. Boleh buat pinjaman atau menggunakan
simpanan KWSP anda. Abg dulu pakai duit sendiri, macam-macam dugaan... mana dengan yurannya, duit transport
lagi… duduk jauh pulak tu. Macam nak
pitam juga rasanya… he he. Alahamdulillah
berjaya dan mereka semua telah buktikan dengan senyuman.
Senyuman pelajar ePJJ setelah mencapai kejayaan. |
Nak Seribu Daya
Tak Nak Seribu Dalih.
Sekian.
Sekian.
No comments:
Post a Comment