Thursday 11 June 2015

Suka Duka Mengharungi ePJJ.

Suka Duka Mengharungi ePJJ.

Di sini Abg nak share pengalaman Abg dengan adik-adik dalam mengharungi pengajian secara ePJJ.  Ianya tak la menarik sangat. Kalau cerita pun kau orang semua tentu tak percaya.  Tetapi mungkin boleh dijadikan panduan dan pedoman adik-adik sekelian.

Tetapi hakikat nyer 'Jika tidak dipecahkan Ruyungnya manakan dapat Sagunya' bak kata pepatah orang Melayu kita. Sesungguhnya  kejayaan itu tidak datang dengan mudah tanpa usaha dan pengorbanan kita dan mereka-mereka.

Cer cita... cer cita (tersampuk Hantu Kak Limah pulak). Bergini kisah nyer....

1. Di hujung Usia
Pepatah Melayu ader menyebut “Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.” Makna nyer jangan la kita berhenti dari menimba ilmu walaupun usia dah nak magrib. Macam Abg nie mendapat tawaran belajar kat UITM Shah Alam secara e-PJJ di usia telah mencapai 4 series. Belum agak lambat lagi untuk mengenggam segulung ijazah. Kome tahu? Ader Minah Saleh seorang nie kat USA mendapat ijazah beliau ketika berusia 95 tahun. Alasan yang munasabah. Sebab sebelum ini Abg pun tak berpeluang dan tiada kesungguhan. Ko macam mana?

Abg bertugas di sebuah institusi kerajaan, telah berkhidmat selama 20 tahun++  ...dah tua kan. Ketika mendapat tawaran belajar pada tahun 2009, Abg tersangat la terharu 😂. Dari saat itu bermula kehidupan Abg sebagai seorang pelajar tua... Ader sekali semasa menghadiri kelas di UITM seksyen 17 Shah Alam, seorang pelajar fulltime tanya Abg nie buat master ker? Abg anggukan kepala aje, tak terkeluar suara nak cakap buat Degree... sebab mungkin dia nampak Abg nie dah berumur macam  bapak dia kot ...boroi aje. 😆

Memang belajar di usia bergini banyak cabaran dan dugaan nyer. Ader juga kekadang member2 sekerja yang banyak mulut tu, menyindir bila nampak kita study kat library ataupun masa nak pinjam buku dan tak kurang juga yang memberikan kata-kata peransang. Sebab tu masa awal-awal Abg belajar tak ader orang yang tahu, sahaja Abg rahsiakan. Bukan aper, kalau terkandas di tengah jalan pun orang tak perasan...kan. Tapi yang penting kita tak menyusahkan dia orang.

2.  Melintasi Batasan Waktu
Dulu kalau Abg nak pergi kelas kat UITM seksyen 17 ataupun kat Puncak Perdana, Abg kena keluar rumah seawal jam lima (5) pagi, kalau tak akan lambat sampai ke kelas.  Masa keluar rumah tu, Tok Bilal pun belum azan subuh lagi dan serasanya member-member sekelas di KL masih lagi dibuai mimpi lena. 

Selalunya Abg drive sorang-sorang dengan berteman lagu M. Nasir bersama kuaci putih dan kacang Ngan Yin untuk menghilangkan rasa ngantuk. Abg akan berhenti sebentar untuk solat subuh di R&R Pagoh dan kalau mengantuk pula Abg akan berhenti pula di R&R Melaka untuk melelapkan seketika, sepuluh minit pun cukup. Selalunya Abg sampai ke kelas di Puncak Perdana pada pukul 8.15 pagi dengan muka kelat dan mengantuk. 

Kelas kebiasaanya akan bermula pada jam 8.30 pagi dan akan tamat pada pukul 6.15 petang. Sehabis kelas, Abg akan bergesas pulang semula pulang ke JB, kebiasaannya sampai di rumah pada pukul 10.30 malam. Esok seperti biasa bangun terus pergi kerja. Rasanya belum pernah MC atau ambil cuti untuk alasan ponteng kerja kerana penat. Yang pastinya pergi kelas, dapat jumpa rakan-rakan sekelas dan pensyarah yang baik hati, makan-makan dan membawang. Mereka semua dah jadi macam kawan rapat dan keluarga jauh.
3. Touch & Go
Selalunya bila drive pagi-pagi nie kabus amat tebal dan akan membataskan penglihatan kita terutama dari kawasan Machap ke Pagoh. Ketika ini bilangan kereta tidak la banyak so tak la menjadi masalah sangat. Selalunya  Abg akan memandu di lane paling kanan dengan berhati-hati. Jangan ader hantu melintas suda...he he.

Masa waktu balik dari kelas pula Abg pula akan sering menempuhi kesesakan teruk dan membosankan, terutama ketika ader nyer cuti umum panjang atau musim cuti sekolah. Kesesakan selalunya bermula di kilometer 56 Simpang Rengam menghala ke JB. Sampai dah hafal nama tempat sepanjang jalan highway nie. Tak tahu la bila pihak 'Plus' nie nak tambah satu lane lagi. Rasanya dah banyak kali Abg komplain pasal jamp kat highway Simpang Renggam menghala ke JB nie, gelap pulak tuu.

Ader satu ketika dulu berlaku kemalangan teruk, di mana sebuah Bas Ekspress telah berlanggar dan terbalik di kawasan Pedas Linggi. Kemalangan dahsyat ini  telah menyebabkan banyak kematian. Jamp punya la teruk sampai memakan masa selama 8 jam. Ketika itu dah macam pesta la pulak, mana tidaknya R&R semua penuh dan sesak dari Bangi lagi sampai la ke Pedas. Pada hari tu Abg sampai rumah pada jam 4.00 pagi. Kepala pun sampai dah berpusing menahan mengantuk. Esoknya terpaksa apply cuti emergency kat Boss.

Berbalik kat Highway kat Johor nie pula, merbahaya sikit (sikit tu maksudnya banyak). Dah la dua lane aje, kereta pulak tersangat la banyakkkk. Lane kiri dengan lori yang merayap pelahan sangat... terkemut-kemut, lane kanan pulak banyak pemandu gila dari Singapore serta Bas Ekspress yang memandu laju macam jalan bapak dia orang punya. Siap flash-flash lampu lagi. Abg tahu la kereta dia orang nie canggih-canggih, tapi kalau dah accident siapa susah. Aku jugak. Bertimbang rasa la sikit kan...

4.  Poket Kosong
Untuk berulang  alik JB - Kl untuk attend kelas Abg memerlukan sekurang-kurangnya RM250 ringgit kalau bawa kereta. Minyak kereta RM150, Tol RM100. Kalau naik bas jimat sikit dan juga memerlu ehsan kawan-kawan untuk ambik dan hantar ke Terminal Bas. Bas nie selain lambat sampai rumah, jadual waktu perjalanan pun tak berapa nak ok, so Abg prefer bawa kereta sendiri.

Ada sekali, masa tu poket tengah kering kebetulan pulak dalam masa yang sama nak kena bayar yuran pengajian. Masa tu Abg rasa macam nak tarik diri aje. Tapi dikuatkan semangat dan berkat doa keluarga dan kad kredit.  Diteruskan juga. Alhamdulillah. Pernah juga pengalaman Abg pergi kelas duit cukup-cukup untuk duit Tol dan duit minyak sahaja. Nak ponteng kelas ada test la pulak, tak bole nak elak. Layan aje. Tetapi Allah sentiasa akan mempermudahkan orang yang sedang menuntut ilmu... Percaya la. Kepusan akan kita rasai apabila kita grad nanti.

5. Assignment oh Assignment
Assignment nie kalau datang selalunya bertimpa-timpa, secara solo dan berkumpulan. Dah macam lagu nasyid pulak. Masalah nya student tua macam Abg nie selalu suka buat last-last minit. Nasihat Abg, kalau nak pointer tinggi kena buat assignment yang terbaik. Bind elok-elok, molek-molek, print warna dan hantar pada waktunya.

Assignment kalau grouping nie tension dan stress sikit kalau nak buat. Mana tidaknya, dah macam-macam kepala dan kekadang kena buat projek group kat luar...ader yang suka lepas tangan, ader yang suka bagi part dia last minit. Sabo aje la. Tapi ada juga yang rajin membantu terutama bila time subjek Bahasa Arab. You all memang the best.  

Abg bab bahasa Arab nie memang lemah sikit, lepas tu pulak ada slot kena belakon buat video cakap menggunakkan bahasa Arab secara solo dan berkumpulan... tonggang langgang bunyinya Arabnya. Tapi sekarang nie kalau orang cakap Arab faham la sikit-sikit.  Kaifa Haluk. Ismi Dol. Saba an nur… ha ha. Faham ker? 

Nak dijadikan cerita, subjek Bahasa Arab ini student kena buat video drama secara solo dan berkumpulan untuk 3 sem. berturut-turut. Lecturer nak tengok kita boleh tak berkomunikasi dalam bahasa Arab. Nak buat video nie pun Abg kena turun KL pada minggu-minggu yang tak ader clash dengan kelas. Kau orang kalau pergi kat Taman Rekreasi  Tasik Seksyen 7 tentu akan nampak ramai student2 UITM kat situ buat shooting video drama Bahasa Arab ...bukan yang drama lain ya.  Ader juga yang kita orang buat vedio di kawasan Perpustakaan Awam Selangor di Seksyen 13 tu.

6.Final Exam
Kalau final exam ini kenalah fokus sikit. Tak bole main-main. Kena la ulangkaji banyak kali. Al maklum la memory dah low la katakan, masok telinga kanan keluar telinga kiri. Belom lagi dengan gangguan yang lain-lain. Hendak tak hendak kena la baca selagi belom masuk ke dalam dewan peperiksaan. Jangan nak bawak toyol masa exam, kena tangkap tak berlagu. Sendiri mahu ingat.

Selalunya Abg akan memandu kereta sama ada menghadiri kelas ataupun menghadapi final exam. Semasa awal sem. pertama dan kedua dulu, pelajar ePJJ dibenarkan mengambil final exam di kampus cawangan yang terdekat dengan rumah. Jadi mudah la bagi Abg untuk ke sana dan amat membantu sesangat. Sempat lagi untuk last minit revision. Lepas tu pada semester berikutnya pulak diubah peraturan lagi oleh pihak IneD. Final exam hanya boleh diambil di kampus yang telah ditetapkan sahaja. Dalam kes Abg, kena ambil final exam di kampus Segamat nun di sana. Tak bole lagi ambil di cawangan sebelum ini. Tak tahu apa alasan dia orang nie. Bole bagi justifikasi sikit?

Menghampiri ke semester empat yang terakhir, mereka ubah lagi peraturan yang mereka sendiri buat. Tak bole ambil final exam kampus kat cawangan pulak. Kena ambil peperiksaan di kampus pengajian iaitu di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7, Shah Alam. Jauh bangat tu Om… Tension Abg di buatnya. Apa bole buat dah nasib badan...

Pihak pengurusan INED nie pun satu, kesiankan la pelajar macam kami nie yang duduk jauh nie, nun di sana. Timbang rasa la sikit… ye tak. Put yourself in our shoes. Masalahnya, lagi jauh lagi banyak pakai duit. Itu kalau satu subjek. Kalau banyak subjek ... ini macam tokeh bole pengsan.

7. Tayar Meragam
Nak jadi cerita, ada sekali masa nak pergi ambil final Exam kat kampus Segamat pada sebelah petang. Tayar kereta Abg bole pecah la pulak. Jalan rosak dan banyak berlubang kat area Chaah sehingga ke Labis. Nasib baik tak mendatangkan bahaya. Masa tu lebih kurang pukul 12.30 tengahari, exam pulak hari itu mula pukul 2 petang. Alamak.

Allah saja yang tahu perasaan Abg masa tu. Dub dab Dub dab...Jantung berdegup kencang macam enjin keretapi. Tetapi Allah itu maha mengetahui. Kebetulan di seberang jalan di kawasan tempat tayar kereta Abg pecah terdapat seorang anggota polis trafik bermotosikal dari Balai Polis Labis (kalau tak silap namanya En. Ikhsan, lupa pulak pangkat dia).  Ketika itu beliau sedang bertugas memantau pemandu jalanraya  yang memandu di kawasan itu.

Dalam Abg terketar-ketar mengeluarkan tayar dari boot kereta dengan perasaan emonya. Mana tidaknya exam dah dekat nie hoi, sempat ke tak sempat sampai nie. Forget it about nak review last minute sebelum masuk ke dalam dewan peperiksaan. Tanpa terduga  anggota polis trafik yang berdiri di tepi jalan tadi terpacul depan muka Abg. Mula nyer dia suruh Abg alihkan kereta kedalam sikit. Bahaya disini kata nyer, memang bahaya jalan kampung la katakan, sempit

Nak di jadikan cerita Abg hanya keluarkan tayar kereta dari booth sahaja yang selebihnya beliau yang tolong buat. Dengan baju dan seluar polis trafik beliau yang ketat tu. Panas lagi, dekat pukul 1 petang wei. Tak dapat Abg gambarkan betapa susahnya beliau membantu Abg ketika itu. Terima kasih la banyak En. Ikhsan. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa tuan.

Abg sempat berbual dengannya semasa beliau menukar tayar tu. Abg cakap tuan tak perlu bantu nanti baju tuan kotor untuk bertugas. Dengan senyuman dia berkata ‘balik nanti boleh mandi dan tukar baju, rumah dekat’. Terharu betol Abg mendengannya. Ada lagi orang yang macam nie kat Malaysia, setahu Abg dah pupus. Beliau juga merupakan anak tempatan, orang Labis katanya. Dipendekkan cerita Abg nak beri la dia sedikit saguhati  sebab bantu Abg tukar tayar tu… bukan banyak pun, tapi dia menolak…  ikhlas kata nyer.

Saat dan ketika ini Abg masih lagi belum ada kesempatan untuk bertemu semula dengannya untuk mengucapkan terima kasih sekali lagi. Akan diusahakan. Insyallah.

8. Sakit
Sepanjang pengajian selama lima tahun Abg ada mengalami dua jenis sakit sahaja. Tapi jenis ringan-ringan. Pengalaman pertama diserang migraine yang melampau semasa memandu pulang dari kelas. Kepala berpusing dan pening, tekak rasa maul nak muntah. Kisahnya sebelum itu semasa lunch time classmate ader buat makan-makan ‘potlak’. Lepas makan tu mula kepala rasa pening dan tak sedap badan, perut penuh angin. Mungkin masakan yang berminyak kot, yang tak bestnya nak kena drive sampai jauh malam tu.

Pengalaman kedua pula terkena sakit gatal-gatal bengkak satu badan. Doktor kata kena ‘gegata’. Pelik jugak sebelum ini sepanjang hidup tak pernah kena. Pagi tu bangun tido, badan dah mula gatal. Salah makan kot, alergi. So macam biasa pergi jugak ke kelas hari tu. Nampak macam dah ok. Masa lunch time pulak bole makan Tom Yam campur, ader sotong, ader udang, daging dan ayam sikit.Lepas makan tu badan mula rasa gatal2 semula yang amat sangat. Garu punya garu, satu badan mula bengkak semula sampai naik ke muka. Petang tu terpaksa ponteng kelas. Balik terus ke JB untuk ke klinik. Makan ubat, esok nya ok.

9. Pointer

Pointer GPA dan CGPA merupakan elemen penting untuk result anda. Jika tidak dipantau dari awal ianya boleh mengakibatkan keputusan akhir anda kurang memberansangkan atau lulus cukup makan. Apa kena mengena dengan diri anda secara terus. Yang pasti, anda mungkin susah untuk dapat tawaran interview jika pointer anda rendah. Minimum keperluan untuk jawatan kerajaan ialah 3.0 pointer CGPA. So kena usaha lebih sikit.

Untuk pelajar ePJJ selalunya tidak layak untuk dapat anugerah dekan, kerana jumlah kredit/subjek yang terhad walaupun pointer kadang-kadang melepasi 3.50. Mungkin pihak INED  kena lihat semula perkara ini. Kerana kami berada di dua sistem yang berbeza iaitu flexible bukan fulltime.

Jadi pointer ini selain usaha anda sendiri ianya juga bergantung kepada pensyarah dan rakan-rakan dalam group assignment. So far saya dapat pensyarah yang bertimbang rasa dan rakan-rakan yang rajin membantu.


Kejayaan


Kejayaan tidak datang bergolek. Tiada siapa yang akan merubah nasib kita kalau bukan diri kita sendiri. Lagi satu kena ingat kejayaan itu bukan semuanya dari usaha kita. Yang pertama tentu dari Allah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui. Kemudian sokongan dari keluarga dan doa isteri serta kedua ibubapa. Lepas tu bantuan dari pensyarah dan rakan-rakan sekelas. Tanpa mereka siapa la kita nie. Alhamdulillah dan Terima Kasih semua.

Sekian.

3 comments:

  1. menarik cerita abang ni... saya cadang next year nak sambung pjj

    ReplyDelete
  2. tq abg sebab sudi share mmg itu la yg sy rasakan sekarang ni kdang2 tu rasa give up pun ada...semoga saya terus kuat untuk mengharungi baki 8sem di masa akan datang

    ReplyDelete
  3. Alhmdulillah success.. Now ,turn me pula epjj

    ReplyDelete