Assignment ialah tugasan yang diberikan oleh pensyarah ataupun lecturer. Assignment nie ader bermacam-macam jenis. Ader yang dalam bentuk essay, slide presentation atau latihan. Ianya bole dibahagikan pula kepada dua katagori iaitu Assignment secara Individu ataupun Grouping.
Assignment nie bole datang bertimpa-timpa dengan tarikh penghantaran yang sama kepada lecturer. Be prepare aje dan yang penting perlu ingat tarikh hantar bila. Kadang-kanag lecturer boleh bertolak ansur dan jangan pelik ada juga yang tidak.(tangkap sentap)
Assignment nie bole datang bertimpa-timpa dengan tarikh penghantaran yang sama kepada lecturer. Be prepare aje dan yang penting perlu ingat tarikh hantar bila. Kadang-kanag lecturer boleh bertolak ansur dan jangan pelik ada juga yang tidak.(tangkap sentap)
Selalunya setiap
subjek akan ader 2 assignment, Individu dan Grouping. Jika anda mengambil 4
subjek bermakna akan mempunya lapan assignment yang perlu disiapkan. Hantar
assignment ikut tarikh yang telah ditetapkan, jangan tunggu last minit. Kalau tak,
nanti tak cukup tangan. In the end assignment jadi tak sempurna dan carca marba.
Untuk adik-adik yang baru berjinak-jinak dengan assignment nie, jangan malu untuk minta bantuan dan pertolongan nasihat dan panduan dari abang atau kakak2 senior. Kalau tidak pun Pak Cik Google pun ader, bole tanya. Satu lagi diingatkan jangan copy paste atau recycle orang lain punya. Kerana yang rugi adalah anda sendiri sebab tidak akan faham subjek yang diambil, bila exam nanti ke parit.
Untuk adik-adik yang baru berjinak-jinak dengan assignment nie, jangan malu untuk minta bantuan dan pertolongan nasihat dan panduan dari abang atau kakak2 senior. Kalau tidak pun Pak Cik Google pun ader, bole tanya. Satu lagi diingatkan jangan copy paste atau recycle orang lain punya. Kerana yang rugi adalah anda sendiri sebab tidak akan faham subjek yang diambil, bila exam nanti ke parit.
Assignment Individual
Assignment
secara individu terdapat dalam banyak jenis. Antara yang popular ialah article review, essay, slide presentation dan ada juga dalam bentuk exercise.
1. Article
review (Rumusan petikan)
Untuk
article review selalunya lecture akan suruh kita dapatkan article dari sumber
Database Emerald yang di sediakan oleh Perpustakaan Tun Abd Razak (PTAR), UITM.
Dari database ini kita kena pilih article mengikut subjek yang diajar. Setelah memilih article yang sesuai, buat rumusan aper yang kita faham dari article tersebut selalunya dalam 2 muka.
Teknik membuat article review. Baca dua tiga kali atau lebih artikel tersebut sampai faham. Tandakan dengan highlighter atau pen maklumat-maklumat yang kita rasa penting semasa membaca. Tulis semula maklumat-maklumat penting tersebut tanpa lari dari tajuk asal article. Setelah siap kepilkan sekali article asal dengan article review anda.
Peringatan: Jangan pilih article yang susah nak faham atau panjang berjela. Sendiri mahu ingat.
2. Assignment .
- Essay: Selalunya assignment jenis ini, anda akan beri senarai judul oleh lecture. Assignment di buat buat perlu berdasarkan buku rujukan dan website. Kena ader Introduction, Isi serta ulasan dan kesimpulan topik . Perlu ada sumber rujukan. Lebih kurang 10 hingga 15 mukasurat.
- Slide Pesentation: Selain membuat slide mengikut topic yang diberikan, pelajar juga perlu membuat presentation di dalam kelas. Markah akan diberikan mengikut isi topik dan gaya penyampaian anda.
- Video: Untuk subjek tertentu seperti Bahasa Arab atau Management of Audio Visual Record & Archives anda dikehendaki membuat video. bertutur dalam bahasa Arab secara individu. Lughatul Arabia.
3. Exercise
(Latihan)
Exercise
diberikan mengikut subjek utama, ianya lebih kepada practical supaya pelajar
mahir dan faham dengan jelas. Exercise selaunya diberikan secara berperingkat dan mempunyai markah 'carry marks'
Assignment Grouping
Seperti assignment
individu, assignment grouping pun lebih kurang dalam bentuk yang sama… Cuma kali
ini semuanya dibuat secara berkumpulan dan lebih mencabar, al maklum la berkumpulan. Dinasihatkan kalau nak grouping nie,
pilihlah member yang boleh buat kerja sama-sama. Jangan pilih member yang huha
aje. Tetapi kadangkala kita tiada
pilihan...layan je. Untuk grouping markah akan diberikan sama rata berdasarkan prestasi
assignment kumpulan. So buat la sebaik mungkin.
- Laporan (essay): Assignment jenis ini adik-adik akan diberi senarai judul oleh lecture. Assignment di buat buat perlu berdasarkan buku rujukan dan website. Perlu ada sumber rujukan. Kena ader ketua kumpulan yang rajin yang bole memantau setiap tugasan ahli kumpulan. Tugasan perlu dibahagikan mengikut berat dan jumlah ahli kumpulan.
- Slide Presentation: Selain membuat slide mengikut topic yang diberikan, pelajar juga perlu membuat presentation@persembahan di dalam kelas. Pembahagian tugas yang adil penting. Kalau tak nanti ader yang masam muka. Sebab kena buat kerja lebih. "Dah la tak nak buat, present pun tak mahu".
- Video: Untuk subjek tertentu seperti Bahasa Arab, pelajar dikehendaki membuat video bertutur dan berlakon dalam bahasa Arab secara berkumpulan. Pilih tempat yang sesuai untuk lakonan. Seeloknya tidak lebih dari empat orang untuk satu kumpulan. Jika terlalu ramai nanti lecture susah nak bagi markah. Saba an Nur. Ismi Dol. he he.
Sekian.
No comments:
Post a Comment