Wednesday 18 March 2015

Portal@Website Penting Pelajar ePJJ

Portal@Website Penting Pelajar ePJJ

Asalam,

Tahniah kepada adik-adik kerana telah mendaftar sebagai pelajar UiTM.


Untuk permulaan ini anda tentu keliru dan blur dengan pelbagai maklumat yang cuba  disumbatkan ke dalam kepala anda. Mana nak bayar yuran dan PTPTN, mana nak register subjek, mana pusat belajar dan tempat tinggal dan macam-macam lagi. Information overload, betul tak?  Member pun tak ader lagi...ha ha.

Tetapi sebenarnya semua maklumat yang telah disediakan memang sangat penting dan berguna untuk anda kelak. Yang penting anda cuma perlu tahu dimana nak cari maklumat ini. Untuk permulaan sebagai pelajar ePJJ UiTM anda perlu tahu 3 portal utama di bawah ini.  Pelan-pelan kayuh. Portal-portal ini menyediakan pelbagai maklumat yang berguna dan penting kepada adik-adik dalam mengharungi perjalanan sebagai pelajar epjj UITM. 

Pertama: Portal InED - http://ined.uitm.edu.my/



Portal Ini merupakan portal Pusat pengurusan untuk pelajar-pelajar ePJJ UITM seluruh negara seperti anda dalam mencapai cita-cita ke peringkat yang lebih tinggi. Di portal ini pelajar-pelajar boleh mendapat maklumat seperti penawaran kursus, jadual dan kepeutusan peperiksaan, membuat aduan dan sebagainya. Pendek kata semuanya bermula di sini dan ianya berkait rapat dengan potal-portal  seperti Portal Iclass (di next series) dan Portal pelajar seperti dibawah.


Kedua: Portal Pelajar UITM @ Student Portal -  http://istudent.uitm.edu.my/nsp/home/main.asp

Portal ini dikenali sebagai Student Portal, ia pula merupakan pusat maklumat sehenti untuk semua pelajar UITM tidak mengira peringkat atau pun jenis kursus yang diambil. Disini selain maklumat umum, pelajar juga boleh terus ke maklumat pelajar dengan membuat login sebagai pelajar. Antaranya ialah urusan dengan pihak Bendahari (Pembayaran yuran), mendaftar subjek, melihat keputusan exam, ke IClass Portal dll.



Ketiga : Portal  Perpustakaan UITM - http://library.uitm.edu.my/




Ini merupakan Portal Perpustakaan UITM (Library) sebagai pusat rujukan untuk mendapatkan maklumat seperti buku, jurnal dan databases. Setiap kampus di UiTM negeri juga ada menyediakan perpustakaan mereka sendiri. Sebagai pelajar ePjj anda digalakkan mengunakan maklumat atas talian yang disediakan. Maklumat dihujung jari. Seperti buku digital,  jurnal article ataupun past year question.

Selain itu adik-adik juga boleh melawat ke Blog pelajar ePJJ UiTm dan X pelajar ePJJ untuk mendapatkan maklumat tambahan.

TQ


Tuesday 3 March 2015

Selangkah ke Alam Diploma & Degree UiTM via ePJJ




Asalam,

Terima Kasih & Selamat Datang ke Blog ini.

Anda sudah bekerja ataupun masih lagi mundar mandir selepas SPM@STPM tanpa hala tujuan dan panduan tetapi masih mahu meningkatkan taraf pendidikan anda? Jika jawapan adik-adik 'Ya". Abg sedia membantu adik-adik melalui Blog ini. Tetapi sebelum itu 'Sila pakai talipinggang keledar dahulu' kerana kita akan menempuh pelbagai halangan.

PENGENALAN

Bekerja sambil belajar bukan lagi asing di Malaysia, kini  kebanyakan IPTA telah menawarkan kursus 'pendidikan secara separuh masa' ataupun 'pengajian secara jarak jauh' (PJJ). Antaranya ialah UiTM. Uitm telah memperkenalkan Pendidikan Luar Kampus (PLK) sejak dari tahun 1973 lagi, yang mensasarkan kepada golongan dewasa yang telah bekerja terutama yang berada di sekitar Lembah Klang dan yang sewaktu dengannya. 

Pada 1990 pula UiTM telah menubuhkan sebuah Pusat Pendidikan Luar yang dijenama semula sebagai Institute of NEO Education atau pun sekarang lebih dikenali sebagai INeD . INED merupakan pusat pembelajaran luar kampus yang bertanggungjawab terus kepada semua pelajar separuh masa ataupun jarak jauh seluruh Malaysia. Pusat pembelajaran INED pula menggunakan kemudahan yang ada di kampus UITM yang telah dipilih mengikut kesesuaian kursus yang ditawarkan. 

INeD menawarkan pelbagai kursus untuk semua peringkat tahap pendidikan seperti Diploma, Degree, Master dan PhD dengan kadar yuran yang amat berpatutan. Penawaran kursus-kursus ini mensasarkan kepada golongan mereka-mereka yang telah bekerja sekurang-kurangnya setahun

Kursus-kursus dijalankan adalah secara separuh masa, selalunya pada alternate pada hujung minggu ataupun lebih tepat 2 minggu sekali. Tapi kalau adik-adik rasa nak cepat grad bole buat tiap-tiap minggu, tetapi bergantung kepada jumlah jam kredit yang telahdi hadkan oleh pihak INeD untuk setiap semester. Takut tak boleh bawak nanti.



Kursus akan dijalankan di dalam Bahasa Inggeris (Lecture, Assignment dan juga Exam). Kalau rasa-rasa English macam nak ke parit, dicadangkan cuba cari U lain yang gunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar. Tetapi perlu ingat walau ke universiti  manapun adik akan tetap akan menghadapi peperiksaaan MUET (MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST) iaitu ujian Bahasa Inggeris untuk syarat wajib untuk tamat pengajian peringkat Degree di Universiti ataupun semasa memohon dari peringkat Diploma ke Degree. Makna nyer you still have to learn and speak English.

Untuk makluman adik-adik peperiksaan MUET ini dijalankan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) secara 2 kali setahun. Peperiksaan ini merupakan syarat wajib bagi semua calon bagi kemasukkan ke peringkat degree di Universiti. Untuk mengambil peperiksaan ini anda kenalah memohon secara online dan membayar yuran peperiksaan sebanyak RM100 dengan cara membeli nombor PIN MEC daripada Bank Simpanan Nasional (BSN). Klik sini untuk keterangan lanjut  http://portal.mpm.edu.my/web/guest/kadar-bayaran-ujian

Kesimpulanya di sini adik-adik sememangnya perlu meningkatkan tahap Bahasa Inggeris anda sebagai budak Universiti. Tiada jalan pintas. Trust yourself, You can do it...layannnn je ok.

SYARAT KEMASUKAN

Untuk melihat dan memohon kemasukkan ke kursus-kursus yang ditawarkan sila ke url berikut :http://ined.uitm.edu.my/ . Kursus ditawarkan 2 kali setahun iaitu pada March dan  September untuk Degree dan April dan  Nov untuk peringkat Diploma.

Sebelum memohon pastikan kelayakan adik-adik. Jangan risau UiTM menawarkan banyak ruang dan peluang untuk adik-adik menimba ilmu mengikut kelayakan anda. Demi memertabatkan anak bangsa ke arah kecemerlangan. Peace Yo.

PERINGKAT DIPLOMA

Lulus SPM dengan lima (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, lulus
Matematik atau yang setaraf dengannya serta Satu (1) tahun pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan.

ATAU

Calon yang mempunyai kurang daripada lima (5) kepujian termasuk kepujian termasuk
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, lulus Matematik atau yang setaraf dengannya. Tiga (3) tahun pengalaman kerja dalam bidang berkaitan juga boleh dipertimbangkan. Kalau tak faham jugak bole rujuk sini http://ined.uitm.edu.my/index.php/component/content/article?id=169

PERINGKAT DEGREE

Syarat Am Universiti
     Lulus SPM/ setaraf dengan baik.
     Kepujian dalam Bahasa Melayu/ Malaysia di peringkat SPM/ setaraf.
   Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam Pengajian Am dan sekurang-kurangnya PNGK 2.00.
     LulusDiploma sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dari IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
     Malaysian University English Test (MUET) Band 2.

LEPASAN DIPLOMA UITM



PEMILIHAN KURSUS

Pemilihan kursus amat penting kerana ianya berkait rapat tahap pencapaian anda nanti. Kursus yang dipilih biar la bersesuaian dengan diri dan tahap IQ anda. Kalau rasa bagus dalam math  boleh cuba course Business atau Accounting, tapi kalau rasa suka subjek-subjek yang banyak menghafal bole cuba buat Management atau Mass Comm. ker atau yang seangkatan dengannya. Selain itu pastikan juga lokasi course yang di tawarkan, kerana cost transportation juga boleh membebankan anda.



Jangan dah sampai tengah jalan baru tahu subjek nie tak sesuai la, tak suka la, susah la. Melalak melolong pun tak guna. Tepuk Dada Tanya Selera. Antara program yang di tawarkan adalah seperti berikut.

PROGRAM DIPLOMA 

NO.
PROGRAMME CODE
PROGRAMMES NAME
STUDY MODE
CAMPUSES AVAILABLE
1.
AC110
Diploma in Accountancy
e-PJJ
Shah Alam
2.
AM110
Diploma In Public Administration
e-PJJ
Shah Alam, Bandaraya Melaka, Dungun, Kota Kinabalu, Kuantan, Samarahan, Seri Iskandar, Sungai Petani, Tawau, Kota Bharu
3.
BM111
Diploma in Business Studies
e-PJJ
Shah Alam, Johor Bharu, Kota Bharu, Kota Kinabalu, Raub, Sungai Petani, Chendering, Bukit Mertajam, Samarahan
4.
BM115
Diploma in Business Studies (Insurance)
e-PJJ
Shah Alam
5.
BM117
Diploma in Business Studies (Transport)
e-PJJ
Shah Alam, Bukit Mertajam
6.
BM118
Diploma in Office Management & Technology
e-PJJ
Shah Alam
7.
BM119
Diploma in Banking Studies
e-PJJ
Shah Alam, Kota Bharu
8.
HM111
Diploma in Tourism Management
e-PJJ
Shah Alam, Kota Kinabalu
9.
IM110
Diploma In Information Management
e-PJJ
Shah Alam, Samarahan, Kota Bharu, Sungai Petani
10.
SR113
Diploma In Sports Studies
e-PJJ
Shah Alam

 PROGRAM DEGREE

 NO.
PROGRAMME CODE
PROGRAMMES NAME
STUDY MODE
CAMPUSES AVAILABLE
1.
AD241
Bachelor Of Graphic Design (Hons)
e-PJJ
Shah Alam
2.
AD245
Bachelor Of Industrial Ceramic (Hons)
 e-PJJ
Shah Alam
3.
AD247
Bachelor Of Creative Photomedia (Hons)
e-PJJ
Shah Alam
4.
AM228
Bachelor of Administrative Science (Hons)
e-PJJ
Shah Alam, Bandaraya Melaka, Samarahan, Kota Kinabalu, Sungai Petani, Dungun
5.
BM232
Bachelor in Office Systems Management (Hons)
e-PJJ
Shah Alam, Dungun
6.
BM240
Bachelor of Business Administration (Hons) Marketing
e-PJJ
Shah Alam, Kota Bharu, Johor Bharu, Arau, Samarahan, Kota Kinabalu, Dungun
7.
BM242
Bachelor of Business Administration (Hons) Finance
e-PJJ
Shah Alam, Kota Bharu, Johor Bharu, Arau, Samarahan
8.
BM243
Bachelor of Business Administration (Hons) Human Resource Management
e-PJJ
Shah Alam, Arau, Kota Kinabalu
9.
BM244
Bachelor of Business Administration (Hons) Operations Management (BM244)
e-PJJ
Shah Alam
10.
BM246
Bachelor of Business Administration (Hons) International Business
e-PJJ
Shah Alam
11.
ED241
Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua
e-PJJ
Shah Alam
12.
FF223
Bachelor in Creative Technology(Hons) Screen
e-PJJ
Shah Alam
13.
HM240
Bachelor of Science (Hons.) Hotel Management
e-PJJ
Shah Alam
14.
HM241
Bachelor of Science (Hons.) Tourism Management
e-PJJ
Shah Alam
15.
HM242
Bachelor of Science (Hons.) FoodService Management
e-PJJ
Shah Alam
16.
HM245
Bachelor of Science (Hons.) Culinary Arts Management
e-PJJ
Shah Alam
17.
**HS240
Bachelor of Nursing (Hons)
e-PJJ
Puncak Alam
18.
**HS242
Bachelor of Medical Imaging (Hons)
e-PJJ
Puncak Alam
19.
**HS243
Bachelor of Environmental Health and Safety (Hons)
e-PJJ
Puncak Alam
20.
**HS244
Bachelor of Physiotherapy (Hons)
e-PJJ
Puncak Alam
21.
**HS245
Bachelor of Occupational Therapy (Hons)
e-PJJ
Puncak Alam
22.
IM244
Bachelor of Science Library & Information Management (Hons)
e-PJJ
Shah Alam
23.
IM245
Bachelor of Science Information System Management (Hons)
e-PJJ
Shah Alam
24.
IM246
Bachelor of Science Records Management (Hons)
e-PJJ
Shah Alam
25.
MC242
Bachelor of Mass Communication (Hons) (Public Relations)
e-PJJ
Shah Alam
26.
SR241
Bachelor Of Sports Management (Honours)
e-PJJ
Shah Alam
27.
AC220
Bachelor Of Accountancy (Hons)
PLK
Shah Alam, Kuantan, Samarahan, Kota Kinabalu, Johor Bharu
28.
LW213
Bachelor Of Legal Studies (Hons)
PLK
Shah Alam
* sila rujuk portal InED jika terdapat sebarang perubahan.

TAWARAN KEMASUKKAN

Setelah adik mendapat tawaran kemasukkan  dari  pihak INed (UITM), adik perlu mendaftarkan diri pada tarikh dan  tempat yang telah ditetapkan bersama-sama segala bukti sijil yang diperlukan. Sebelum itu adik perlu membuat pemeriksaan kesihatan dan membayar yuran yg telah ditetapkan di Bank Islam sebelum datang mendaftar.

Setelah mendaftar sebagai pelajar UiTM (tahniah) adik akan diberi buku panduan dan taklimat untuk mendaftar subjek dan sebagainya melalui online. Selamat Belajor...

YURAN PENGAJIAN

Yuran Pengajian dikira mengikut jam kredit untuk setiap subjek  berdasarkan kursus yang diambil, Diploma ataupun Degree pada setiap semester. Lagi banyak kredit yang diambil lagi tinggi yuran yang anda kena bayar.

Jumlah Kredit yang dibenarkan adalah tidak melebihi enam belas (16) kredit, walau bagaimanapun pelajar yang ingin mengambil lebih daripada enam belas (16) kredit hendaklah mendapat kelulusan Timbalan Pengarah Pusat Diploma/ Ijazah.

Diploma =  RM90 per kredit
Degree   =  RM100 per kredit

Jumlah Jam X Kredit = Kadar yuran (11jam X RM100 = RM1100++)

Pembayaran yuran boleh dibuat setelah anda mendaftar kursus subjek secara online dan pihak Bendahari UiTM akan menentukan jumlah yuran yang perlu dibayar mengikut sem. Yuran Pengajian boleh di bayar di kaunter ataupun ATM Bank Islam. Untuk keterangan lanjut sila ke url ini : http://bursary.uitm.edu.my/Yuran/ePJJ2.htm

KEWANGAN

Kepada pelajar yang mempunyai kekangan kewangan untuk bayaran yuran, bole menggunakan simpanan KWSP untuk yang telah bekerja atau bole memohon pinjaman PTPTN ataupun spnsor dari FaMa (Father and Mother) (jangan lupa bayar balik). Jangan jadikan masalah kewangan adik-adik sebagai halangan untuk mengubah masa depan anda. Kepada yang ingin membuat pinjaman PTPTN, anda perlu mempunyai akaun SSPN atau SSPNi terlebih dahulu dan dikehendaki membuka akaun bank di Bank Islam untuk tujuan kemasukkan wang pinjaman.

Manakala yang menggunakan simpanan KWSP perlu berurusan dengan pihak KWSP yang terdekat dengan membawa bersama segala dokumen yang diperlukan.

JANGKAMASA PENGAJIAN

Secara amnya durasi pengajian ePJJ adalah berdasarkan peringkat iaitu Diploma 4 tahun(8 sem.) manakala Degree adalah 5 tahun (10 sem.) Manakala untuk mereka yang telah ada Diploma untuk ke Degree boleh memendekkan dengan subjek credit transfer atau adik-adik boleh mengambil lebih jumlah subjek/kredit pada setiap sem. Bak kata pepatah 'Hendak Seribu Daya Tak Hendak Seribu Dalih'.

Program Pengajian
Unit Kredit
Diploma
Minimum 90 Kredit
Sarjana Muda
Minimum 120 Kredit
PENCAPAIAN

Seperti yang telah Abg nyatakan diatas,  pemilihan kursus berkait rapat dengan keputusan result pointer adik. Jika course yang dipilih merupakan  minat dan pilihan adik, Abg percaya adik boleh mendapat keputusan yang cemerlang pada setiap semester dan begitu juga sebaliknya. UiTM telah meletakan KPI universiti supaya setiap pelajar UITM dapat menamatkan pengajian dengan mendapat purata makah CGPA dengan tahap 3.50 pointer ke atas. 

Pointer adik amat berkait rapat dengan masa depan anda. Pointer yang rendah boleh megakibatkan pinjaman (PTPTN) atau biasiswa anda ditarik balik atau dihentikan. Manakala untuk memohon jawatan di jabatan kerajaan dan juga di Universiti Awam sekarang ini, pelajar lepasan universiti disyaratkan mempunyai keputusan final pada tahap 3.0 pointer ke atas. Kalau pointer anda kurang kemungkinan tipis untuk dipanggil temuduga itu ader. Ingat jaga pionter anda, jangan membazir masa dan duit anda. Rezeki di tangan Allah. Walau macam manapun kita kena usaha. Usaha Tangga Kejayaan. 

Kalau pointer tu kurang cari lah rezeki di tempat lain seperti syarikat swasta ataupun jadi ushawan. Adik boleh juga top up pointer dengan sambung buat master. Pokok pangkal kena rajin usaha dan jangan leka.

Sekian.