Asalam,
Terima Kasih & Selamat Datang ke
Blog ini.
Anda sudah bekerja
ataupun masih lagi mundar mandir selepas SPM@STPM tanpa hala tujuan dan panduan tetapi masih mahu meningkatkan taraf pendidikan anda? Jika jawapan adik-adik
'Ya". Abg sedia membantu adik-adik melalui Blog ini. Tetapi sebelum itu 'Sila
pakai talipinggang keledar dahulu' kerana kita akan menempuh pelbagai halangan.
PENGENALAN
Bekerja sambil belajar bukan lagi asing di Malaysia, kini kebanyakan IPTA telah menawarkan kursus 'pendidikan secara separuh masa' ataupun 'pengajian secara jarak jauh' (PJJ). Antaranya ialah UiTM. Uitm telah memperkenalkan
Pendidikan Luar Kampus (PLK) sejak dari tahun 1973 lagi, yang
mensasarkan kepada golongan dewasa yang telah bekerja terutama yang berada di sekitar Lembah Klang dan yang sewaktu dengannya.
Pada 1990 pula UiTM telah menubuhkan sebuah Pusat Pendidikan Luar yang dijenama semula sebagai Institute of NEO Education atau pun sekarang lebih dikenali sebagai INeD . INED merupakan pusat pembelajaran luar kampus yang bertanggungjawab terus kepada semua pelajar separuh masa ataupun jarak jauh seluruh Malaysia. Pusat pembelajaran INED pula menggunakan kemudahan yang ada di kampus UITM yang telah dipilih mengikut kesesuaian kursus yang ditawarkan.
Pada 1990 pula UiTM telah menubuhkan sebuah Pusat Pendidikan Luar yang dijenama semula sebagai Institute of NEO Education atau pun sekarang lebih dikenali sebagai INeD . INED merupakan pusat pembelajaran luar kampus yang bertanggungjawab terus kepada semua pelajar separuh masa ataupun jarak jauh seluruh Malaysia. Pusat pembelajaran INED pula menggunakan kemudahan yang ada di kampus UITM yang telah dipilih mengikut kesesuaian kursus yang ditawarkan.
INeD menawarkan pelbagai kursus untuk semua peringkat tahap pendidikan seperti Diploma, Degree, Master dan PhD dengan kadar yuran yang amat berpatutan.
Penawaran kursus-kursus ini mensasarkan kepada golongan mereka-mereka
yang telah bekerja sekurang-kurangnya setahun.
Kursus-kursus dijalankan adalah secara separuh masa, selalunya pada alternate pada hujung minggu ataupun lebih tepat 2 minggu sekali. Tapi kalau adik-adik rasa nak cepat grad bole buat tiap-tiap minggu, tetapi bergantung kepada jumlah jam kredit yang telahdi hadkan oleh pihak INeD untuk setiap semester. Takut tak boleh bawak nanti.
Kursus-kursus dijalankan adalah secara separuh masa, selalunya pada alternate pada hujung minggu ataupun lebih tepat 2 minggu sekali. Tapi kalau adik-adik rasa nak cepat grad bole buat tiap-tiap minggu, tetapi bergantung kepada jumlah jam kredit yang telahdi hadkan oleh pihak INeD untuk setiap semester. Takut tak boleh bawak nanti.
Kursus akan dijalankan
di dalam Bahasa Inggeris (Lecture, Assignment dan juga Exam). Kalau rasa-rasa
English macam nak ke parit, dicadangkan cuba cari U lain yang gunakan Bahasa
Kebangsaan sebagai bahasa pengantar. Tetapi perlu ingat walau ke universiti manapun adik akan tetap akan
menghadapi peperiksaaan MUET (MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST) iaitu ujian Bahasa Inggeris untuk syarat wajib untuk tamat pengajian peringkat Degree
di Universiti ataupun semasa memohon dari peringkat Diploma ke Degree. Makna nyer you still have to learn and speak English.
Untuk makluman adik-adik peperiksaan MUET ini dijalankan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) secara 2 kali setahun. Peperiksaan ini merupakan syarat wajib bagi semua calon bagi kemasukkan ke peringkat degree di Universiti. Untuk mengambil peperiksaan ini anda kenalah memohon secara online dan membayar yuran peperiksaan sebanyak RM100 dengan cara membeli nombor PIN MEC daripada Bank Simpanan Nasional (BSN). Klik sini untuk keterangan lanjut http://portal.mpm.edu.my/web/guest/kadar-bayaran-ujian
Kesimpulanya di
sini adik-adik sememangnya perlu meningkatkan tahap Bahasa Inggeris anda sebagai
budak Universiti. Tiada jalan pintas. Trust yourself, You can do it...layannnn je ok.
SYARAT KEMASUKAN
Untuk melihat dan
memohon kemasukkan ke kursus-kursus yang ditawarkan sila ke url berikut :http://ined.uitm.edu.my/
. Kursus ditawarkan 2 kali setahun iaitu pada March dan September untuk
Degree dan April dan Nov untuk peringkat Diploma.
Sebelum memohon
pastikan kelayakan adik-adik. Jangan risau UiTM menawarkan banyak ruang dan peluang untuk adik-adik
menimba ilmu mengikut kelayakan anda. Demi memertabatkan anak bangsa ke arah
kecemerlangan. Peace Yo.
PERINGKAT DIPLOMA
Lulus SPM dengan lima
(5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, lulus
Matematik atau yang
setaraf dengannya serta Satu (1) tahun pengalaman bekerja dalam bidang
berkaitan.
ATAU
Calon yang
mempunyai kurang daripada lima (5) kepujian termasuk kepujian termasuk
Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris, lulus Matematik atau yang setaraf dengannya. Tiga (3) tahun
pengalaman kerja dalam bidang berkaitan juga boleh dipertimbangkan. Kalau tak
faham jugak bole rujuk sini http://ined.uitm.edu.my/index.php/component/content/article?id=169
PERINGKAT DEGREE
Syarat Am
Universiti
• Lulus SPM/
setaraf dengan baik.
•
Kepujian
dalam Bahasa Melayu/ Malaysia di peringkat SPM/ setaraf.
• Mendapat
sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam Pengajian Am dan sekurang-kurangnya
PNGK 2.00.
• LulusDiploma
sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dari IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
• Malaysian
University English Test (MUET) Band 2.
LEPASAN DIPLOMA
UITM
PEMILIHAN KURSUS
Pemilihan kursus
amat penting kerana ianya berkait rapat tahap pencapaian anda nanti. Kursus
yang dipilih biar la bersesuaian dengan diri dan tahap IQ anda. Kalau rasa bagus dalam
math boleh cuba course Business atau Accounting, tapi kalau rasa suka
subjek-subjek yang banyak menghafal bole cuba buat Management atau Mass Comm.
ker atau yang seangkatan dengannya. Selain itu pastikan juga lokasi course yang
di tawarkan, kerana cost transportation juga boleh membebankan anda.
Jangan dah sampai
tengah jalan baru tahu subjek nie tak sesuai la, tak suka la, susah la. Melalak
melolong pun tak guna. Tepuk Dada Tanya Selera. Antara program yang di tawarkan
adalah seperti berikut.
PROGRAM DIPLOMA
NO.
|
PROGRAMME
CODE
|
PROGRAMMES
NAME
|
STUDY
MODE
|
CAMPUSES
AVAILABLE
|
1.
|
AC110
|
Diploma in Accountancy
|
e-PJJ
|
Shah Alam
|
2.
|
AM110
|
Diploma In Public Administration
|
e-PJJ
|
Shah Alam, Bandaraya Melaka,
Dungun, Kota Kinabalu, Kuantan, Samarahan, Seri Iskandar, Sungai Petani,
Tawau, Kota Bharu
|
3.
|
BM111
|
Diploma in Business Studies
|
e-PJJ
|
Shah Alam, Johor Bharu, Kota
Bharu, Kota Kinabalu, Raub, Sungai Petani, Chendering, Bukit Mertajam,
Samarahan
|
4.
|
BM115
|
Diploma in Business Studies
(Insurance)
|
e-PJJ
|
Shah Alam
|
5.
|
BM117
|
Diploma in Business Studies
(Transport)
|
e-PJJ
|
Shah Alam, Bukit Mertajam
|
6.
|
BM118
|
Diploma in Office Management &
Technology
|
e-PJJ
|
Shah Alam
|
7.
|
BM119
|
Diploma in Banking Studies
|
e-PJJ
|
Shah Alam, Kota Bharu
|
8.
|
HM111
|
Diploma in Tourism Management
|
e-PJJ
|
Shah Alam, Kota Kinabalu
|
9.
|
IM110
|
Diploma In Information Management
|
e-PJJ
|
Shah Alam, Samarahan, Kota Bharu,
Sungai Petani
|
10.
|
SR113
|
Diploma In Sports Studies
|
e-PJJ
|
Shah Alam
|
PROGRAM DEGREE
NO.
|
PROGRAMME
CODE
|
PROGRAMMES
NAME
|
STUDY
MODE
|
CAMPUSES
AVAILABLE
|
1.
|
AD241
|
Bachelor
Of Graphic Design (Hons)
|
e-PJJ
|
Shah
Alam
|
2.
|
AD245
|
Bachelor
Of Industrial Ceramic (Hons)
|
e-PJJ
|
Shah
Alam
|
3.
|
AD247
|
Bachelor
Of Creative Photomedia (Hons)
|
e-PJJ
|
Shah
Alam
|
4.
|
AM228
|
Bachelor
of Administrative Science (Hons)
|
e-PJJ
|
Shah
Alam, Bandaraya Melaka, Samarahan, Kota Kinabalu, Sungai Petani, Dungun
|
5.
|
BM232
|
Bachelor
in Office Systems Management (Hons)
|
e-PJJ
|
Shah
Alam, Dungun
|
6.
|
BM240
|
Bachelor
of Business Administration (Hons) Marketing
|
e-PJJ
|
Shah
Alam, Kota Bharu, Johor Bharu, Arau, Samarahan, Kota Kinabalu, Dungun
|
7.
|
BM242
|
Bachelor
of Business Administration (Hons) Finance
|
e-PJJ
|
Shah
Alam, Kota Bharu, Johor Bharu, Arau, Samarahan
|
8.
|
BM243
|
Bachelor
of Business Administration (Hons) Human Resource Management
|
e-PJJ
|
Shah
Alam, Arau, Kota Kinabalu
|
9.
|
BM244
|
Bachelor
of Business Administration (Hons) Operations Management (BM244)
|
e-PJJ
|
Shah
Alam
|
10.
|
BM246
|
Bachelor
of Business Administration (Hons) International Business
|
e-PJJ
|
Shah
Alam
|
11.
|
ED241
|
Sarjana
Muda Pendidikan (Kepujian) Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua
|
e-PJJ
|
Shah
Alam
|
12.
|
FF223
|
Bachelor
in Creative Technology(Hons) Screen
|
e-PJJ
|
Shah
Alam
|
13.
|
HM240
|
Bachelor
of Science (Hons.) Hotel Management
|
e-PJJ
|
Shah
Alam
|
14.
|
HM241
|
Bachelor
of Science (Hons.) Tourism Management
|
e-PJJ
|
Shah
Alam
|
15.
|
HM242
|
Bachelor
of Science (Hons.) FoodService Management
|
e-PJJ
|
Shah
Alam
|
16.
|
HM245
|
Bachelor
of Science (Hons.) Culinary Arts Management
|
e-PJJ
|
Shah
Alam
|
17.
|
**HS240
|
Bachelor
of Nursing (Hons)
|
e-PJJ
|
Puncak
Alam
|
18.
|
**HS242
|
Bachelor
of Medical Imaging (Hons)
|
e-PJJ
|
Puncak
Alam
|
19.
|
**HS243
|
Bachelor
of Environmental Health and Safety (Hons)
|
e-PJJ
|
Puncak
Alam
|
20.
|
**HS244
|
Bachelor
of Physiotherapy (Hons)
|
e-PJJ
|
Puncak
Alam
|
21.
|
**HS245
|
Bachelor
of Occupational Therapy (Hons)
|
e-PJJ
|
Puncak
Alam
|
22.
|
IM244
|
Bachelor
of Science Library & Information Management (Hons)
|
e-PJJ
|
Shah
Alam
|
23.
|
IM245
|
Bachelor
of Science Information System Management (Hons)
|
e-PJJ
|
Shah
Alam
|
24.
|
IM246
|
Bachelor
of Science Records Management (Hons)
|
e-PJJ
|
Shah
Alam
|
25.
|
MC242
|
Bachelor
of Mass Communication (Hons) (Public Relations)
|
e-PJJ
|
Shah
Alam
|
26.
|
SR241
|
Bachelor
Of Sports Management (Honours)
|
e-PJJ
|
Shah
Alam
|
27.
|
AC220
|
Bachelor
Of Accountancy (Hons)
|
PLK
|
Shah
Alam, Kuantan, Samarahan, Kota Kinabalu, Johor Bharu
|
28.
|
LW213
|
Bachelor
Of Legal Studies (Hons)
|
PLK
|
Shah
Alam
|
* sila rujuk portal InED jika terdapat sebarang perubahan.
TAWARAN KEMASUKKAN
Setelah adik mendapat tawaran kemasukkan dari pihak INed (UITM), adik perlu
mendaftarkan diri pada tarikh dan tempat yang telah ditetapkan bersama-sama
segala bukti sijil yang diperlukan. Sebelum itu adik perlu membuat pemeriksaan
kesihatan dan membayar yuran yg telah ditetapkan di Bank Islam sebelum datang
mendaftar.
Setelah mendaftar
sebagai pelajar UiTM (tahniah) adik akan diberi buku panduan dan taklimat untuk
mendaftar subjek dan sebagainya melalui online. Selamat Belajor...
YURAN PENGAJIAN
Yuran Pengajian
dikira mengikut jam kredit untuk setiap subjek berdasarkan kursus
yang diambil, Diploma ataupun Degree pada setiap semester. Lagi banyak kredit
yang diambil lagi tinggi yuran yang anda kena bayar.
Jumlah Kredit yang
dibenarkan adalah tidak melebihi enam belas (16) kredit, walau bagaimanapun
pelajar yang ingin mengambil lebih daripada enam belas (16) kredit hendaklah
mendapat kelulusan Timbalan Pengarah Pusat Diploma/ Ijazah.
Diploma = RM90 per
kredit
Degree
= RM100 per kredit
Jumlah Jam X Kredit = Kadar yuran (11jam X RM100 = RM1100++)
Pembayaran yuran
boleh dibuat setelah anda mendaftar kursus subjek secara online dan pihak
Bendahari UiTM akan menentukan jumlah yuran yang perlu dibayar mengikut sem.
Yuran Pengajian boleh di bayar di kaunter ataupun ATM Bank Islam. Untuk
keterangan lanjut sila ke url ini : http://bursary.uitm.edu.my/Yuran/ePJJ2.htm
KEWANGAN
Kepada pelajar yang
mempunyai kekangan kewangan untuk bayaran yuran, bole menggunakan simpanan KWSP untuk
yang telah bekerja atau bole memohon pinjaman PTPTN ataupun spnsor dari FaMa (Father and Mother)
(jangan lupa bayar balik). Jangan jadikan masalah kewangan adik-adik sebagai halangan
untuk mengubah masa depan anda. Kepada yang ingin membuat pinjaman PTPTN, anda perlu mempunyai akaun SSPN atau SSPNi terlebih dahulu dan dikehendaki membuka akaun bank di Bank Islam untuk tujuan kemasukkan wang pinjaman.
JANGKAMASA
PENGAJIAN
Secara amnya durasi
pengajian ePJJ adalah berdasarkan peringkat iaitu Diploma 4 tahun(8 sem.)
manakala Degree adalah 5 tahun (10 sem.) Manakala untuk mereka yang telah ada Diploma untuk ke Degree boleh memendekkan dengan subjek credit
transfer atau adik-adik boleh mengambil lebih jumlah
subjek/kredit pada setiap sem. Bak kata pepatah 'Hendak Seribu Daya Tak Hendak
Seribu Dalih'.
Program
Pengajian
|
Unit
Kredit
|
Diploma
|
Minimum 90 Kredit
|
Sarjana Muda
|
Minimum 120 Kredit
|
PENCAPAIAN
Seperti yang telah Abg
nyatakan diatas, pemilihan kursus
berkait rapat dengan keputusan result pointer adik. Jika course
yang dipilih merupakan minat dan pilihan adik, Abg percaya adik boleh mendapat keputusan yang
cemerlang pada setiap semester dan begitu juga sebaliknya. UiTM telah meletakan
KPI universiti supaya setiap pelajar UITM dapat menamatkan pengajian dengan mendapat
purata makah CGPA dengan tahap 3.50 pointer ke atas.
Pointer adik amat berkait rapat dengan masa depan anda. Pointer yang rendah boleh megakibatkan
pinjaman (PTPTN) atau biasiswa anda ditarik balik atau dihentikan. Manakala
untuk memohon jawatan di jabatan kerajaan dan juga di Universiti Awam sekarang ini, pelajar
lepasan universiti disyaratkan mempunyai keputusan final pada tahap 3.0 pointer
ke atas. Kalau pointer anda kurang kemungkinan tipis untuk
dipanggil temuduga itu ader. Ingat jaga pionter anda, jangan membazir masa dan
duit anda. Rezeki di tangan Allah. Walau macam manapun kita kena usaha. Usaha
Tangga Kejayaan.
Kalau pointer tu kurang cari lah rezeki di tempat lain seperti syarikat swasta ataupun jadi ushawan. Adik boleh juga top up pointer dengan sambung buat master. Pokok pangkal kena rajin usaha dan jangan leka.
Sekian.
Salam, nak tanya kalau apply pjj ni boleh pakai mara ke? Thank you.
ReplyDeleteWsalam Nasirah,
DeleteJawapannya bole, pemohonan pinjaman boleh dibuat secara online dengan mematuhi syarat2 yang telah ditetapkan.
Untuk maklumat lanjut sila ke url ini:
http://www.mara.gov.my/
http://www.pendidikanmalaysia.com/2013/09/syarat-kelayakan-pinjaman-pendidikan.html
TQ
Nak contact sape untuk kemasukkan ?
DeleteSalam. Betul ke org kata kalau nk uitm palam kena sekurang2 nya 3.00 ke atas? Agak2 Ada tak yg bawah 3.00 tp dpt dekat palam?
ReplyDeleteWsalam Farah,
DeleteSecara umum Uitm mengunakan syarat kemasukan yang sama seperti tertera dibawah tanpa mengira lokasi kampus. Sila rujuk e-syarat diurl ini.
http://pengambilan.uitm.edu.my/e-syarat/2016
TK
hi assalamualaikum, just nak bertanya kalau dulunya diploma di ipts tapi ingin melanjutkan pengajian ijazah di ipta dengan pangkat 3.66 boleh kah tolak credit hours/still 3-4 tahun even sambung course yang sama
DeleteAssalamualaikum,adakah pjj layak utk yg sdang bkerja shj?bg yg tidak bkrja tp mpunyai pglaman bkrja hmpir 10thn masih layak mmohon?tq
ReplyDeleteWSalam Dik,
DeleteJawapannya adik layak untuk mengikuti pembelajaran secara ePJJ di Uitm dengan sekurang-kurangnya mempunyai 4 atau lebih kredit dlm SPM. Adik juga boleh mengemukakan bukti surat majikan lama yang adik telah bekerja atau adik bole dapatkan surat majikan dari mana-mana syarikat yang bole membantu untuk pemohonan tersebut.
TQ
Assalam.sy nk tanya sikit ��.sy lepasan diploma jdi bminat nk smbung deg pjj.tapi klau sy tade pglaman keje sethun,boleh ke sy apply pjj?
ReplyDeleteWsalam,
ReplyDeleteBole aje. Kebiasaannya INED menetapkan tempoh tamat diploma kena la 6 bulan hingga setahun dari tarikh memohon semuala degree ePJJ. Ia bagi memastikan pemohon mempunyai pengalaman bekerja dan keupayaan kewangan dlm membayaran yuran belajar.
Tentang pengalaman kerja. Abg syorkan adik boleh dapatkan surat dari mereka2 yg boleh membantu. ;)
TQ
Apakah syarat ijazah dlm bidang masscom di uitm.
ReplyDeleteHi Dik,
ReplyDeleteIni adalah syarat utama untuk course Masscom secara PJJ (separuh masa) ialah mempunyai diploma samaada dari Uitm (CGPA 2.00 keatas) atau IPTA/IPTS lain (CGPA 2.50 keatas). Manakala dari Matrik dan STPM (CGPA 2.30 keatas) atau 5 kredit dalam SPM serta telah mempunyai pengalaman bekerja selama 4 tahun.
TQ
Untuk keterangan lanjut sila rujuk url ini:
http://ined.uitm.edu.my/images/ined/degree/syarat_kelayakan/10092014/mc242.pdf
Hi,saya nak tanya lain skit dri tajuk ni.boleh bagi pendapat tak.saya minat and bercdg nk amik dip grafik design.Tapi saya kurang yakin pada diri saya,untuk amik kos ni,sb dgr cite kne kretif and berfikir diluar kotak.Jadi saya pun rse mcm xnk amik risko and nk amik dip HR atau dip administration management. Sebab rsenye kos tu lps grad bnyak peluang kje berbnding grafik...Jadi saya nk pendapat antara dip hr/admin and dip grafik mne lagi senng bawak annd senng dpt kje lps grad.tq :)
ReplyDeletesaya dah graduate diploma perakunan 7 tahun lepas...igt nak amik PJJ...kelas dia mcm mana?..online ker?..ada skype atau youtube ker?...saya dah lama x belajar dah ni
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteassalam saya dh ada diploma business tp sya brcdg nak ambil diploma in accountancy,ada kah dia akan tngok result spm saya atau just refer result diploma saya,please give answer
ReplyDeleteHi,
ReplyDeleteSaya 18thun dpt separuh masa untk dip. Nk tukar ke sepenuh masa boleh tak?
Saya nak sambung dip.
ReplyDeleteTapi saya gagal english,yang lain semua kredit and ada 3B hanya english je gagal,rasa layak x?
Assalam.. Tumpang tanya , kalau masscom diploma Mmg tak Ada pjj ye? Lagi satu yg tak Ada diploma, tapi nak Mohon degree pjj dia perlu berapa tahun pengalaman kerja ye?
ReplyDeletesalam.. saya nk tnya untuk subjek yang boleyh tranfer credit.. kna dpt gred apa utk trnsfer credit..
ReplyDeleteterima kasih
salam. ada dokumen yang perlu dihantar tak? kalau ada, selain pos, boleh hantar melalui apa ja ya? terima kasih.
ReplyDeletesalam , sy nk tanya kalau tiada pengalaman bekerja boleh ke nak mohon utk deg ?
ReplyDeleteSalam, nak tanya , untuk bachelor environmental and safety health, ada pengiktirafan tak daripada jabatan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (jkkp) kementerian sumber manusia..sebab sy sekarang kerja dalam bidang safety..
ReplyDeleteHai..sy nak tanya..bole ke saye apply pjj degree tapi dalam pada tu saya ambil muet.dan course yang sy ingin ambil adalah civil
ReplyDeleteHai..sy nak tanya..bole ke saye apply pjj degree tapi dalam pada tu saya ambil muet.dan course yang sy ingin ambil adalah civil
ReplyDeleteHai..sy nak tanya..bole ke saye apply pjj degree tapi dalam pada tu saya ambil muet.dan course yang sy ingin ambil adalah civil
ReplyDeleteHai..sy nak tanya..bole ke saye apply pjj degree tapi dalam pada tu saya ambil muet.dan course yang sy ingin ambil adalah civil
ReplyDeleteSalam encik, saya nak tanya pihak uitm nanti nak ke tengok surat bekerja ? sebab saya dpt tawaran untuk PJJ ni tapi now saya dah berhenti kerja..boleh ke saya yang tak bekerja ni sambung ? ada perlu kemukakan surat bekerja ke? TQ
ReplyDeletesalam sis, boleh tahu link utk apply pjj dan ape course yg disediakan..
Deletehaha kesian akak ni nak menjawabnya. semoga anda tabah
ReplyDeleteNak tanya. Utk permohonan online melalui website ined uitm, yg mana permohonan tutup esok adalah, pjj atau epjj?
ReplyDeleteSalam. Saya dari Fakulti Teater dan Animasi. Bolehkah saya sambung dalam bidan kejururawatan. Dan apakah syarat-syarat yang dikehendaki.
ReplyDeleteAssalamualaikum. Saya nak tanya blh tak klu sya nk buat master e-pjj dkt uitm atau uitm xmnwrkn e-pjj utk master.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalamualaikum, sy skrg da smbg degree full time n nak tuka status ke pjj tp kos sy tkd e-pjj mcm mne ye? Boleh jugak smbg pjj ke?
ReplyDeleteAssalamualaikum, sy skrg da smbg degree full time n nak tuka status ke pjj tp kos sy tkd e-pjj mcm mne ye? Boleh jugak smbg pjj ke?
ReplyDeleteMacam mana kak? boleh ke kalau dari full time ke pjj?
Deletesalam..paling pendek masa buat diploma boleh ke 2 tahun je?
ReplyDeletesalam..paling pendek masa buat diploma boleh ke 2 tahun je?
ReplyDeleteSalam nak tanya kalau saya dari diploma nk sambung degree pjj dlm fakulti yg sama blh x nk buat transfer kredit??
ReplyDeleteSalam hye .. Sy nk tnya ..diploma Course AP115 PENGURUSAN HARTA TANAH xda pjj ke ? Uitm xbuat pjj ke diploma course tu ??? Kalau diploma mmg just course yg disenaraikan kt gambarajah di atas tu ja ka ???
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteasalamualaikum... kalau penjawat awam nak apply degree pjj cthya bachelor legal studies kne ad MUET jugak ke tak payah?
ReplyDeleteAssalamualaikum....pjj untk degree mmg 5 tahun ke?x bole singkatkn ke?maaf...sy x faham sgt
ReplyDeleteAssalamualaikum....pjj untk degree mmg 5 tahun ke?x bole singkatkn ke?maaf...sy x faham sgt
ReplyDeleteKalau lepasan asasi uitm boleh tak nak buat pjj ?
ReplyDeleteKalau lepasan asasi uitm boleh tak nak buat pjj ?
ReplyDeleteAssalamualaikum .. kalau lepasan dip investment fakulti bisnes .. nak ke degree .. tp nk pjj degree .. still 5 thon ke ?
ReplyDeleteSaya bminat utk pjj diploma.bole x bantu saya.
ReplyDeleteSaya bminat utk pjj diploma.bole x bantu saya.
ReplyDeleteNak tanya. Tahap pjj ni sama dengan degree di university kh?
ReplyDeleteAnd usualy transfer credit dapat brpa tahun di tolak?
tumpang tny, x da engineering untuk PJJ..?
ReplyDeleteSalam. Pinjaman mara ada tak?
ReplyDeletesalam..saya lepasan spm 2015 kelas sain tulen..keputusan suam suam kuku tapi semua kredit kecuali fizik dpt D..februari 2017 saya diterima bekerja tetap di majlis daerah di pahang tempat saya tinggal..saya cadang nak buat pjj bahagian pengurusan harta dan tanah..nak sambung buat diploma..boleh tau caranye mcm mne dn dimne yg tawarkan bidang ni tak??
ReplyDeleteassalamualaikum admin. saya lepasan diploma politeknik yang habis dalam bulan 11. saya berkeinginan nak sambung belajar tapi saya tak tahu prosedur memohon nak sambung degree means bulan berapa nak mohon, melalui apa nak mohon, nak call sapa . disebabkan saya budak poli, mungkin sedikit sebanyak pasal pembayaran u melalui pjj saya tak faham. tolomg bimbing saya admin, saya anak sulung so semua saya kena cari sendiri.
ReplyDeleteassalamualaikum..sy nak tanye..kt uitm melaka ade offer programm epjj BM 222 tak?..macammane sy nak tahu ye?.tq
ReplyDeleteassalamualaikum selain course management,course ape yg byk mnghafal je? sye confius nak wat kputusan..
ReplyDeletePERHATIAN:
ReplyDeleteAdakah anda terdesak untuk pinjaman jangka pendek tetapi bank anda tidak akan meminjamkan apa-apa kerana anda mempunyai skor kredit yang rendah?
Kemudian memohon pinjaman tunai cepat hari ini dari kami, anda boleh yakin bahawa apa-apa maklumat yang anda serahkan adalah 100% selamat dan selamat dengan kami dan diserahkan kepada salah seorang pemberi pinjaman kami melalui e-mel: tracybanksloanfirm@gmail.com.
Selagi anda berumur 18 tahun ke atas, yang kini bekerja dengan pendapatan tetap, maka anda tidak sepatutnya menghadapi masalah dalam memohon.
Mohon sekarang!
Kalau masuk degree dia tengok x?
ReplyDeleteadmin.. blh x saye tau any info psl epjj in diploma logistic & supply chain.. ade x pape link ke yg saye blh rujuk
ReplyDeleteAssalamualaikum...
ReplyDeleteklu nak apply jurusan Pengurusan Rekod Diploma ada tak...
sya seorg kakitangan kerajaan klu nak apply apa syratnya...tq
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteslm..sy ad dip sains(maths) drpd UPSI..sy graduates 2015 dan bekerja smpai skrg..sy nak buat pjj tp sy dlm dilema nk smbg course apa yg sesuai?boleh tlong sy x?
ReplyDeleteNak tanya kalau apply pjj dari diploma course yang sama still 5 tahun ke ?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalamualaikum wbt. Untuk memohon progpram ePJJ UiTM ni, memerlukan no pin atau tidak? Terima kasih
ReplyDeleteSalam , office management sampai master tak?
ReplyDeleteSalam...saya grad diploma pada tahun 1995 dan masa saya do UiTM tak ada exam MUET yg diperlukan. So kiranya saya nak sambung E-PJJ perlu tak saya duduk exam MUET lagi? Pls Advice.....
ReplyDeleteHello sir,, saya dapat tawaran epjj d uitm campus k. K. Saya nak tanya boleh tak saya nak tukar mod dari separuh masa ke sepenuh masa? Memeng tempat tu jauh dari tempat saya. Boleh explan tak?
ReplyDeleteTolong balas sir.
ReplyDeleteAde tak pjj tp masa singkat to 2 tahun. Mcm mana caranya
ReplyDeleteSaya berminat pjj pentadbiran awam, bagaimana nak mmemohon dan bila pengambilan, ada disabah kah
ReplyDeleteNak Tanya, kalau stpm pointer 2.33 and muet band 3 boleh ke apply pjj uitm legal studies atau kena repeat muet smpai dpt band 4?
ReplyDeleteAdakah anda mahu memenuhi impian anda dengan dana? Dalam tempoh 24 jam, GLORIA'S LOAN COMPANY (GLC) menyediakan semua jenis Pinjaman pinjaman antarabangsa / tempatan contohnya, pinjaman perniagaan, pinjaman rumah dan lain-lain Pinjaman @ 2% kadar faedah. Sesiapa yang berminat perlu menghubungi kami melalui e-mel dengan maklumat di bawah;
ReplyDeleteData pemohon:
1) Nama Penuh:
2) Negara
3) Alamat:
4) Seks:
5) Kerja:
6) nombor telefon:
7) Kedudukan semasa di tempat kerja:
8 Pendapatan bulanan:
9) Jumlah pinjaman yang diperlukan:
10) Tempoh pinjaman:
11) Adakah anda memohon sebelum:
12) Tarikh Lahir:
E-mel: (gloriasloancompany@gmail.com) ATAU Nombor Whatsapp: WhatsApp Nombor: +1 (361) 645-7557.
Terima kasih
https://gloriasloanc.blogspot.com/2019/03/loan-application.html
Salam..nak tnya..sy nk buat pjj in bachelor accouting..blh guna result spm x..tp sy msh blm ade muet lg..
ReplyDeleteAssalam, saya sudah membuat permohonan ined, bila pergi ke semakan, dipaparkan permohonan belum diproses /tidak lengkap, adakah saya tidak layak?
ReplyDeletedegree in physic xde pjj ke?
ReplyDeleteSaya baru umur 19 tapi dah kahwin and baru bercerai anak sorang . Saya dah berhenti matrik sbb tak dpt catch up dgn cara belajar yg cpt kat matrik and sekarang baru fikir nak belajar lagi. And lagi satu salah course. Ada ke PJJ kat johor ni?
ReplyDeleteSalam .. saya penjawat awam pem pustakawan 19.. saya lepasan spm 2006. Saya berminat ppj dlm kos library..
ReplyDeleteApakah yang perlu saya lakukan..
Muet test x pernah ambil
Saya sekarang bekerja di besut terengganu. Dimanakah kampus terdekat untuk kos saya
Deleteklau apply pkai stpm bole x dan sy berkerja di skudai johor bharu di mana kampus yg terdekat bole sy pegi...?
ReplyDeletesalam. saya nk tanya. bolehkah lulusan diploma (mekanikal) ipt lain memohon pjj uitm kos pendidikan. respon pihak tuan amat dihargai.
ReplyDeletesy baru lepas daftr untuk diploma office management BA118 di uitm shah alam,boleh explain cara regester new course ,subject dan subject ap yg perlu sy ambil utk sem 1 ni?
ReplyDeleteHai nak tanya, blh kah kalau kita ambik course lain time diploma & course lain time degree.For example,account time diploma and business time degree?
ReplyDeleteKalau saya lepasan diploma sains, boleh tak tak saya sambung belajar degree in physiotherapy?
ReplyDeleteUmor saya 57thn nk buat diploma sumber manusia pjj kena jgk amik MUET KE?
ReplyDeletehai, boleh tak kalau nak apply untuk study jarak jauh (dari luar Malaysia) under UiTM?? atau UiTM hanya untuk dalam Malaysia?
ReplyDelete