Wednesday 18 March 2015

Portal@Website Penting Pelajar ePJJ

Portal@Website Penting Pelajar ePJJ

Asalam,

Tahniah kepada adik-adik kerana telah mendaftar sebagai pelajar UiTM.


Untuk permulaan ini anda tentu keliru dan blur dengan pelbagai maklumat yang cuba  disumbatkan ke dalam kepala anda. Mana nak bayar yuran dan PTPTN, mana nak register subjek, mana pusat belajar dan tempat tinggal dan macam-macam lagi. Information overload, betul tak?  Member pun tak ader lagi...ha ha.

Tetapi sebenarnya semua maklumat yang telah disediakan memang sangat penting dan berguna untuk anda kelak. Yang penting anda cuma perlu tahu dimana nak cari maklumat ini. Untuk permulaan sebagai pelajar ePJJ UiTM anda perlu tahu 3 portal utama di bawah ini.  Pelan-pelan kayuh. Portal-portal ini menyediakan pelbagai maklumat yang berguna dan penting kepada adik-adik dalam mengharungi perjalanan sebagai pelajar epjj UITM. 

Pertama: Portal InED - http://ined.uitm.edu.my/



Portal Ini merupakan portal Pusat pengurusan untuk pelajar-pelajar ePJJ UITM seluruh negara seperti anda dalam mencapai cita-cita ke peringkat yang lebih tinggi. Di portal ini pelajar-pelajar boleh mendapat maklumat seperti penawaran kursus, jadual dan kepeutusan peperiksaan, membuat aduan dan sebagainya. Pendek kata semuanya bermula di sini dan ianya berkait rapat dengan potal-portal  seperti Portal Iclass (di next series) dan Portal pelajar seperti dibawah.


Kedua: Portal Pelajar UITM @ Student Portal -  http://istudent.uitm.edu.my/nsp/home/main.asp

Portal ini dikenali sebagai Student Portal, ia pula merupakan pusat maklumat sehenti untuk semua pelajar UITM tidak mengira peringkat atau pun jenis kursus yang diambil. Disini selain maklumat umum, pelajar juga boleh terus ke maklumat pelajar dengan membuat login sebagai pelajar. Antaranya ialah urusan dengan pihak Bendahari (Pembayaran yuran), mendaftar subjek, melihat keputusan exam, ke IClass Portal dll.



Ketiga : Portal  Perpustakaan UITM - http://library.uitm.edu.my/




Ini merupakan Portal Perpustakaan UITM (Library) sebagai pusat rujukan untuk mendapatkan maklumat seperti buku, jurnal dan databases. Setiap kampus di UiTM negeri juga ada menyediakan perpustakaan mereka sendiri. Sebagai pelajar ePjj anda digalakkan mengunakan maklumat atas talian yang disediakan. Maklumat dihujung jari. Seperti buku digital,  jurnal article ataupun past year question.

Selain itu adik-adik juga boleh melawat ke Blog pelajar ePJJ UiTm dan X pelajar ePJJ untuk mendapatkan maklumat tambahan.

TQ


No comments:

Post a Comment