Wednesday 12 August 2015

KURSUS PENGURUSAN MAKLUMAT @ COURSE INFORMATION MANAGEMENT

Asalam Semua & Selamat Sejahtera,

PENGURUSAN MAKLUMAT /INFORMATION MANAGEMENT @UITM

Selalunya kursus Pengurusan Maklumat atau Information Management nie kurang mendapat perhatian dan pilihan dari kebanyakan pelajar-pelajar lepasan SPM mahupun STPM. Melainkan jika adik-adik ini tidak mempunyai pilihan lain atau dah desprate sangat untuk mendapat tempat belajar. Abg sendiri pun tak pasti kat mane silap nyer kenapa kursus ini kurang mendapat perhatian. 

Tetapi yang pasti mereka-mereka ini kurang mendapat pendedahan dan maklumat mengenai kursus yang ditawarkan ini oleh pihak berkenaan. Jadi biar la Abg cuba terangkan sedikit sebanyak mana yang termampu dengan lampu suluh yang ader di tangan nie, kalau tak makin ramai lagi adik-adik yang blur-blur dan konpius dengan Kursus Pengurusan Maklumat ni.


Pertama sekali kena ingat, sebelum kita ingin mengambil atau memilih sesuatu kursus pengajian, kita kena tanya diri kita sendiri. Apa kursus yang layak bagi kita dengan keputusan SPM atau STPM kita ader dan kedua bila grad nanti kita nak jadi aper? Magistrate, Doctor, Engineer, Accountant or Businessman

Kalau itu la menjadi impian adik. Nampak nyer adik dah masuk tersalah kandang. Adik-adik perlu ingat semasa memilih kursus UPU secara online jangan mengatal tangan letak kursus-kursus yang kita tak minat. Yang pasti pilih la kursus yang bersesuaian dengan keputusan peperiksaan kita, OK. Abg nasihatkan pilih la kursus yang mengikut kemampuan kita, jangan nak ikut orang. Ingat semua kursus akan jadi susah kalau kita malas.

Selalunya kursus Pengurusan Maklumat ini merupakan kursus pilihan terakhir untuk para pelajar lepasan SPM ataupun STPM. Walaupun kursus ini kurang mendapat tempat dan minat pelajar.  Tetapi percayalah bila adik-adik grad (tamat) nanti... gaji dan darjat adik-adik akan sama sahaja setaraf dengan mereka yang grad dalam bidang lain seperti engineer, lawyer ataupun akauntant ker. Tak lebih tak kurang. 

Lagi satu orang selalu ingat kursus ini khas untuk orang wanita sahaja, sebenarnya tidak kerana kursus ini juga menawarkan pelbagai disiplin untuk semua. Apa yang nak Abg tekankan disini ialah adik2 juga boleh berjaya kalau buat kursus Pengurusan Maklumat nie. Kerja pun tak sestress macam orang di bidang lain...betul.


Kursus Pengurusan Maklumat atau Information Management ini sebenarnya menjurus kepada bidang Social Science. Ianyai mempunyai pelbagai pecahan cabang dan displin yang berlainan seperti Kepustakawanan, Arkib, Rekod dan IT yang bersangkutpaut dengan pengurusan maklumat. Kursus yang ditawarkan adalah dari peringkat Diploma hingga la ke peringkat PhD.  

Setelah tamat pengajian adik-adik boleh ditawarkan berkerja sebagai Pustakawan, Pegawai Arkib, Pegawai Rekod dan Pegawai IT Maklumat serta boleh juga nak Pensyarah mengikut displin adik-adik. Dengan degree Pengurusan Maklumat ini adik-adik juga layak untuk berkhidmat sebagai Pengawai Tadbir, Pegawai Polis dan juga Pegawai Tentera atau yang sewaktu dengan nyer. So jangan risau, rezeki Allah ada dimana mana, pokok pangkal nyer kita kena rajin.


So kat bawah ini adalah kursus-kursus yang di tawarkan oleh Fakulti Pengurusan Maklumat @UITM samada melalui pengajian sepenuh masa ataupun ePJJ. Tempoh pengajian ePJJ adalah berdasarkan peringkat pengajian. 

- Peringkat Diploma ePJJ
  •   IM110 Diploma in Information Management
Tempoh Pengajian: 3 - 4 tahun 
Tempat Pengajian: Shah Alam, Samarahan, Machang, Sungai Petani.



- Peringkat ijazah ePJJ 
  •  IM244 Bachelor in Sc. Library & Information Management (Hons) - Librarian
  •  IM245 Bachelor in Sc. Information System Management (Hons)- Pegawai IT Sistem
  •  IM246 Bachelor in Sc. Records Management (Hons) - Pegawai Arkib
Tempoh Pengajian: 4 – 5 tahun. 
Tempat Pengajian: Shah Alam.


Honors atau Kepujian
Pernah tak adik-adik terlihat pada kursus peringkat Ijazah atau degree ada tertulis perkataan (Kepujian) ataupun (Honors). Abg dulu juga blur-blur, tak faham aper yang dimaksudkan dengan kepujian nie. Nak tanya orang malu pulak. Sebenarnya ia membawa maksud setiap kursus yang mempunyai perkataan (Kepujian/Honour) pada nama kursus yang ditawarkan, perlu lulus dalam semua subjek teras ataupun utama. Jika gagal anda perlu mengulanginya semula subjek tersebut sehingga lulus. Jika tidak anda tidak boleh tamat pengajian dan ditauliahkan.

Kursus Pengurusan Maklumat menawarkan banyak kelebihan tersendiri, terutama nyer skill dalam pencarian dan bagaimana untuk mendapatkan maklumat terutama kepada yang membuat research. Kerana skill in tidak terdapat dalam kursus-kursus lain. 

So, Kalau minat untuk mengambil kursus ini dipersilakan. Tepuk dada tanya selera.


Sekian.


TQ

51 comments:

  1. Salam..nak tanya, betul ke kite boleh buat pinjaman ptptn utk pjj? kalo kite dh pernh buat loan ptptn mcm mana ye??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam,

      Sebagai pelajar ePJJ anda layak membuat pinjaman PTPTN mengikut syarat yang telah ditentukan oleh pihak SSPN dengan mengemukan surat tawaran belajar serta berumur tidak lebih dari 45 tahun.

      Jika saudara telah membuat pinjaman PTPTN sebelum ini saudara perlu menyelesaikan pinjaman yang telah dibuat terlebih dahulu, melainkan saudara menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi sebagai contoh dari Diploma ke Ijazah.

      untuk keterangan lanjut sila ke url dibawah ini.
      http://www.ptptn.gov.my/web/guest/permohonan-pembiayaan

      TQ

      Delete
  2. Saya nk tanya..apa beza information managemant dengan information technology ya??konfius laa

    ReplyDelete
  3. Asalam,

    Perbezaan antara Information Managemant dengan Information Technology ialah: -

    Kursus Information Managemant menjurus kepada pengurusan perpustakaan secara umum. Antara subjek yang akan dipelajari ialah cataloging, reference services dan library management.

    Manakala Kursus Information Technology ataupun sistem menjurus kepada pengurusan Sistem teknologi yang terdapat di perpustakaan. Pelajar akan didedahkan lebih kepada sistem ICT, C++, networking dll. lebih kurang macam course Sains komputer.

    TQ

    ReplyDelete
  4. Saya merupakan lepas Diploma Pengurusan Maklumat. Setelah menamatkan pengajian di peringkat diploma saya mendapat tawaran untuk meneruskan pengajian di peringat sarjana muda namun dalam kursus/program yang berlainan dan bukan dari bidang pengurusan maklumat. Namun begitu saya amat berbangga menjadi sebahagian daripada warga Fakulti Pengurusan Maklumat(FPM). Tidak akan saya lupakan ilmu "information management" ini walaupun saya bakal mempelajari bidang lain nanti. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syabas dan tahniah kerana tamat diploma adik. Adik mempunyai pelbagai advantage dlm pelbagai aspek dari rakan-rakan anda di degree. Tetapi perlu diingatkan dengan menukar subjek kursus mata pelajaran akan menjadi banyak untuk setiap sem. lebih kurang 8-9 subjek kerana kurang credit tranfer. Adik kena tingkatkan prestasi untuk bersaing dengan rakan-rakan anda yang tidak bertukar kursus. Selamat Berjaya.

      Delete
  5. Sya plajr im part 4...tp skrg sy rasa agk keliru untk smbg ke degree...ad lect ckp klu lpas dip dpt krja trus krja n then bru smbung..sbb lect ckp krja skrg sush...tp klu buat dgree scara pjj...agk2 bpa thun msa y diambl untk graduate?

    ReplyDelete
  6. Hi Shinee,

    Yang pasti anda kena habiskan Diploma anda dulu dengan full colours atau CGPA 3.50 and above.

    Untuk menyambung ke degree secara epjj anda memerlukan mengharungi 9/10 semester. Ini bermakna anda perlu mengharungi 5 tahun pengajian. Walaubagaimanapun ianya boleh dipendekkan kepada 4 tahun dengan menambah subjek pada setiap semester. Tetapi diingatkan dengan jumlah kredit tidak boleh melebih had yang teleh ditetapkan.

    Kebiasaannya kelas epjj diadakan pada hujung minggu dengan 4 subjek untuk satu sem. Dari 8 pagi hingga 6 ptg. Dua minggu sekali. Tetapi jika anda ingin menambah subjek. Ini bermakna anda perlu menghadiri kelas pada setiap hujung minggu dan anda akan masuk ke dalam group senior semester 2.

    Untuk terus berkerja atau tidak terpulang kepada anda. Rezeki di tangan Allah. Pada saya, yang baiknya teruskan kepada degree secara fulltime kerana yuran sebagai pelajar epjj adalah tinggi.

    TQ

    ReplyDelete
  7. Hello, apa beza course librarian management dgn information management ?

    ReplyDelete
  8. Hi Nemy,

    Sebenarnya definasi kedua-dua term ini berbeza antara satu sama lain. Di UiTM term 'information management' digunakan untuk nama falkulti iaitu 'Faculty Information Management'. Fakulti ini pula menawarkan kursus2 seperti Library Science(Pustakawan), Information System (Library IT) dan Record Management (Arkib).

    Menjawab kepada soalan adik, 'librarian management' merujuk kepada kursus secara spesifik, manakala 'information management' merujuk kursus secara umum.

    TK

    ReplyDelete
  9. assalamualiakum maaf saya nak bertanya tapi ni luar daripada tajuk....saya nak tanya diploma analisis pelaburan tu apa ye??

    ReplyDelete
  10. Wsalam Zai,

    Diploma Analisis Pelaburan atau kod kursus BM114 merupakan kursus pengurusan pelaburan dan kewangan. Secara ringkas kursus ini memberikan pemdedahan yang luas mengenai dunia pelaburan yang sebenar melalui pembelajaran dan kerja kursus. Kursus sesuai bagi mereka yang gemar matematik dan perakuanan. Selain itu kursus ini memberi pendedahan kepada ekonomi dan pengurusan pelaburan.

    Kursus di jalan selama 6 semester (3 tahun/Sepenuh Masa)

    Antara subjek kursus:

    Prinsip Asas Islam
    Consolidating Language Skills
    Introduction to Financial Accounting & Reporting
    Business Mathematics
    Fundamentals of Management

    Pemikiran dan Tamadun Islam
    Preparatory Course for Muet
    Introduction to Statistics
    Microeconomics
    Third Language 1

    Asas Ekonomi Islam
    English for Academic Purposes
    Third Language 2
    Macroeconomics
    Fundamentals of Finance
    Information Technology in Business

    Business Law
    Business Communication
    Malaysian Economics
    Fundamentals of Marketing
    Operation Management
    Investment Management

    Fundamentals of Entrepreneurship
    Valuation and Analysis of Equities
    Operations and Regulations of Investment Banks
    Financial Analysis
    Introduction to Technical Analysis

    Human Resource Management
    Analysis and Valuation of Fixed Income Securities
    Project Paper- Company Analysis
    Portfolio Management
    Introduction to Futures and Options

    Sila rujuk url ini utk keterangan lanjut.

    http://amandeameredeamour.blogspot.my/2012/03/dip-analisis-pelaburan.html

    http://johor.uitm.edu.my/v2/dilpoma-analisis-pelaburan-bm114

    TQ

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum.. nak tanya.. pengurusan maklumat ni kalau kat uitm sarawak.. dia kampus 1 ke 2... maaf saya keliru sbb saya dapat kat samarahan but tak di beritahu lebih spesifik... jarap dapat balas...

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum.. nak tanya.. pengurusan maklumat ni kalau kat uitm sarawak.. dia kampus 1 ke 2... maaf saya keliru sbb saya dapat kat samarahan but tak di beritahu lebih spesifik... jarap dapat balas...

    ReplyDelete
  13. as salam, apakah subjek khusus dalam pengajian dip pengurusan maklumat

    ReplyDelete
  14. Assalammualaikum tuan..
    Nak tanya n mintak pendapat..
    Saya sekarang bekerja sebagai pembantu tadbir.. Di galakkan sambung belajar oleh boss utk kenaikan pangkat.. Becadang nak ambil kursus DIM ni..tuan agak2 sesuai tak?

    ReplyDelete
  15. IM244 Bachelor in Sc. Library & Information Management (Hons) - Librarian

    Adakah di Shah Alam saja atau di Uitm lain ada?

    ReplyDelete
    Replies
    1. di uitm lain ada juga.. uitm rembau, uitm puncak perdana, uitm sungai petani dll

      Delete
  16. Assalamualaikum,
    Ada peluang ke dari IM ni nak pergi ke bidang lecture

    ReplyDelete
  17. Assalam, sekarang masih ada buka lg ke course ni utk pjj? Berapa ye kos setiap sem utk course ni kalau nak bayar sendiri?

    ReplyDelete
    Replies
    1. https://online.uitm.edu.my/permohonan.cfm?id=I (portal untuk mendaftar)
      e-pjj students hanya perlukan lebih kuran RM1300 untuk setiap semester.

      Delete
  18. Hi...blh sya tau apa tu pengurusan sistem maklumat? Sbb sya dpt twaran sarjana muda pengurusan sistem maklumat..

    ReplyDelete
  19. Hi...blh sya tau apa tu pengurusan sistem maklumat? Sbb sya dpt twaran sarjana muda pengurusan sistem maklumat..

    ReplyDelete
  20. Hi...blh sya tau apa tu pengurusan sistem maklumat? Sbb sya dpt twaran sarjana muda pengurusan sistem maklumat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. http://fiqahirah.blogspot.com/2018/02/uitm-puncak-perdana-faculty-of.html
      baca sini

      Delete
  21. Assalam..sya merupakan lepasan stpm dan mendapat twrn kos IM..tapi sya tiada belajar basic ict di sekolah..adakah patut sya terima tawaran ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teruskan je bro, course rilek dan santai, takde calculation yang memeningkan kepala

      Delete
  22. Hi.. sy lepasan diploma seni bina.. rasanya layak ke sy nak sambung degree dalam bidang ni?

    ReplyDelete
  23. Kalau nak ambil khusus pengurusan perpustakaan ni kena score subjek ape dalam SPM..

    ReplyDelete
  24. Antara IM244,245 dan 246 mana yg lebih santai dan mudah ? Boleh berikan pendapat ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh baca dari blog mamat ni
      https://im246-pengurusanrekod.blogspot.com/2020/03/SisiGelap-IM246-PengurusanRekod.html

      Delete
  25. Salam. saya pernah mempunyai sijil kemahiran Malaysia tahap 2 pada tahun 2006. Nak dijadikan cerita saya telah mendapat pekerjaan di jabatan maklumat kesihatan di sebuah hospital di ibu kota dengan menggunakan sijil SPM dan saya telah berkhidmat hampir 10 tahun. Persoalan saya sekarang boleh atau tidak saya menyambung Ijazah ePJJ dalam bidang pengurusan maklumat atau saya perlu mengambil diploma dahulu? Kerana saya rasa saya mahu melangkah jauh lagi dalam bidang pengurusan maklumat kesihatan yang saya ceburi ini.

    ReplyDelete
  26. salam. nak tanya saya dapat DIM ni dan tempohnya 2tahun setengah(5semesta) dan pada pemikiran saya macam singkat je tmpohnya kan?.....jadi saya tertanya-tanya adakah coure ini tidak mempunyai latihan industri seperti sesetengah course lain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh baca dari blog mamat ni
      https://im246-pengurusanrekod.blogspot.com/2020/03/SisiGelap-IM246-PengurusanRekod.html

      Delete
  27. salam saya nak tanya adakah kos ini senang nak mohon biasiswa

    ReplyDelete
  28. Assalam , saya pelajar dip im110 part 1 . kalau dh hbis diploma saya tk smbung degree adakah sukar utk saya mendapatkan pekerjaan. 🥺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh baca dari blog mamat ni
      https://im246-pengurusanrekod.blogspot.com/2020/03/SisiGelap-IM246-PengurusanRekod.html

      Delete
  29. salam nak tanya,kelayakan untuk masuk bidang pengurusan perpustakaan apa je?....and betul ke kalau buat pembentengan mesti dalam bahasa inggeris??

    ReplyDelete
  30. salam, boleh share ke apa kah antara subjek kursus dlm kursus pengurusan maklumat diploma,
    Mohon untuk advice jika anak saya tidak berminat dengan subject account. Apakah kursus yg sesuai untuk dia. kerana mths tidak credit. yg lain credit.

    ReplyDelete
  31. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  32. salam,dengan kos pengurusan maklumat ni , boleh ke saya dapat contribute untuk polis atau kerajaan secara am nya?

    ReplyDelete
  33. assalamualaikum, maaf saya nak tanya, saya baru dapat tawaran CIM,dalam bidang ni awk kte ada beberapa cabang,jadi bila kita terima kursus ni,kita kena pilih bidang yg kita nk ke?

    ReplyDelete
  34. Haii, nak tanya apa subjek yg akan belajar dalam course pengurusan maklumat ni ye?

    ReplyDelete
  35. Hii...sya pelajr baru bagi jurusan ini ...sya nak tau kalau ada tak buku2 yng dpt membantu untuk jurusan nie..semasa pkp ini..kalau ada ...boleh kongsi sikit ...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, saya ex pelajar Diploma Info Mgmt. Untuk kursus ini, tiada buku tetapi lecturer selalunya akan share slide sebagai nota. Saya nak share nota saya pun saya takde dah, sebab saya dah lama tinggalkan Dip Info Mgmt. Anda juga boleh datang rujuk blog saya untuk tahu dengan lebih lanjut:

      https://im246-pengurusanrekod.blogspot.com/2021/07/Info-IM110-PengurusanMaklumat-Sebenar.html

      Delete
  36. Hi. Nak tnya course ni ada pilihan utk ambik ptptn tak?😢

    ReplyDelete
  37. Assalammualaikum tuan..
    Nak tanya n mintak pendapat..
    Saya sekarang bekerja sebagai pembantu tadbir.. Di galakkan sambung belajar oleh boss utk kenaikan pangkat.. Becadang nak ambil kursus DIM ni..tuan agak2 sesuai tak?

    ReplyDelete
  38. asalamualaikum, saya SPM leaver and nak sambung STPM nak tanya kalau saya nak sambung degree dlm UiTM sistem maklumat lepastu tkdak basic macam diploma student dim takpe ke saya sambung degree atau dia akan ajar jugak basic bila masuk degree?

    ReplyDelete