Wednesday, 12 August 2015

KURSUS PENGURUSAN MAKLUMAT @ COURSE INFORMATION MANAGEMENT

Asalam Semua & Selamat Sejahtera,

PENGURUSAN MAKLUMAT /INFORMATION MANAGEMENT @UITM

Selalunya kursus Pengurusan Maklumat atau Information Management nie kurang mendapat perhatian dan pilihan dari kebanyakan pelajar-pelajar lepasan SPM mahupun STPM. Melainkan jika adik-adik ini tidak mempunyai pilihan lain atau dah desprate sangat untuk mendapat tempat belajar. Abg sendiri pun tak pasti kat mane silap nyer kenapa kursus ini kurang mendapat perhatian. 

Tetapi yang pasti mereka-mereka ini kurang mendapat pendedahan dan maklumat mengenai kursus yang ditawarkan ini oleh pihak berkenaan. Jadi biar la Abg cuba terangkan sedikit sebanyak mana yang termampu dengan lampu suluh yang ader di tangan nie, kalau tak makin ramai lagi adik-adik yang blur-blur dan konpius dengan Kursus Pengurusan Maklumat ni.


Pertama sekali kena ingat, sebelum kita ingin mengambil atau memilih sesuatu kursus pengajian, kita kena tanya diri kita sendiri. Apa kursus yang layak bagi kita dengan keputusan SPM atau STPM kita ader dan kedua bila grad nanti kita nak jadi aper? Magistrate, Doctor, Engineer, Accountant or Businessman

Kalau itu la menjadi impian adik. Nampak nyer adik dah masuk tersalah kandang. Adik-adik perlu ingat semasa memilih kursus UPU secara online jangan mengatal tangan letak kursus-kursus yang kita tak minat. Yang pasti pilih la kursus yang bersesuaian dengan keputusan peperiksaan kita, OK. Abg nasihatkan pilih la kursus yang mengikut kemampuan kita, jangan nak ikut orang. Ingat semua kursus akan jadi susah kalau kita malas.

Selalunya kursus Pengurusan Maklumat ini merupakan kursus pilihan terakhir untuk para pelajar lepasan SPM ataupun STPM. Walaupun kursus ini kurang mendapat tempat dan minat pelajar.  Tetapi percayalah bila adik-adik grad (tamat) nanti... gaji dan darjat adik-adik akan sama sahaja setaraf dengan mereka yang grad dalam bidang lain seperti engineer, lawyer ataupun akauntant ker. Tak lebih tak kurang. 

Lagi satu orang selalu ingat kursus ini khas untuk orang wanita sahaja, sebenarnya tidak kerana kursus ini juga menawarkan pelbagai disiplin untuk semua. Apa yang nak Abg tekankan disini ialah adik2 juga boleh berjaya kalau buat kursus Pengurusan Maklumat nie. Kerja pun tak sestress macam orang di bidang lain...betul.


Kursus Pengurusan Maklumat atau Information Management ini sebenarnya menjurus kepada bidang Social Science. Ianyai mempunyai pelbagai pecahan cabang dan displin yang berlainan seperti Kepustakawanan, Arkib, Rekod dan IT yang bersangkutpaut dengan pengurusan maklumat. Kursus yang ditawarkan adalah dari peringkat Diploma hingga la ke peringkat PhD.  

Setelah tamat pengajian adik-adik boleh ditawarkan berkerja sebagai Pustakawan, Pegawai Arkib, Pegawai Rekod dan Pegawai IT Maklumat serta boleh juga nak Pensyarah mengikut displin adik-adik. Dengan degree Pengurusan Maklumat ini adik-adik juga layak untuk berkhidmat sebagai Pengawai Tadbir, Pegawai Polis dan juga Pegawai Tentera atau yang sewaktu dengan nyer. So jangan risau, rezeki Allah ada dimana mana, pokok pangkal nyer kita kena rajin.


So kat bawah ini adalah kursus-kursus yang di tawarkan oleh Fakulti Pengurusan Maklumat @UITM samada melalui pengajian sepenuh masa ataupun ePJJ. Tempoh pengajian ePJJ adalah berdasarkan peringkat pengajian. 

- Peringkat Diploma ePJJ
  •   IM110 Diploma in Information Management
Tempoh Pengajian: 3 - 4 tahun 
Tempat Pengajian: Shah Alam, Samarahan, Machang, Sungai Petani.



- Peringkat ijazah ePJJ 
  •  IM244 Bachelor in Sc. Library & Information Management (Hons) - Librarian
  •  IM245 Bachelor in Sc. Information System Management (Hons)- Pegawai IT Sistem
  •  IM246 Bachelor in Sc. Records Management (Hons) - Pegawai Arkib
Tempoh Pengajian: 4 – 5 tahun. 
Tempat Pengajian: Shah Alam.


Honors atau Kepujian
Pernah tak adik-adik terlihat pada kursus peringkat Ijazah atau degree ada tertulis perkataan (Kepujian) ataupun (Honors). Abg dulu juga blur-blur, tak faham aper yang dimaksudkan dengan kepujian nie. Nak tanya orang malu pulak. Sebenarnya ia membawa maksud setiap kursus yang mempunyai perkataan (Kepujian/Honour) pada nama kursus yang ditawarkan, perlu lulus dalam semua subjek teras ataupun utama. Jika gagal anda perlu mengulanginya semula subjek tersebut sehingga lulus. Jika tidak anda tidak boleh tamat pengajian dan ditauliahkan.

Kursus Pengurusan Maklumat menawarkan banyak kelebihan tersendiri, terutama nyer skill dalam pencarian dan bagaimana untuk mendapatkan maklumat terutama kepada yang membuat research. Kerana skill in tidak terdapat dalam kursus-kursus lain. 

So, Kalau minat untuk mengambil kursus ini dipersilakan. Tepuk dada tanya selera.


Sekian.


TQ

Sunday, 21 June 2015

APA ITU GPA DAN CGPA?

Asalam,

GPA dan CGPA merupakan dua perkara yang berbeza tetapi mempunyai perwatakan yang sama. Ianya mempunyai kaitan dan pertalian antara satu sama lain yang tak dapat dipisahkanGPA dan CGPA merupakan kayu pengukur yang digunakan oleh institusi pengajian tinggi untuk menilai tahap pencapaian pelajar-pelajar mereka.

GPA ialah (Grade Point Average) ataupun dalam bahasa Malaysia bermaksud Purata Nilai Gred manakala CGPA ialah (Cumulative Grade Point Average) iaitu Purata Nilai Gred Kumulatif atau terkumpul. Di bawah ini saya akan menjelaskan apa itu GPA dan CGPA

Selalunya jika anda masih belajar dalam sem. 1 atau 2 apabila keluar result exam kawan-kawan akan tanya GPA anda. 'Ehh GPA kau berapa eek?' Ianya merujuk kepada keputusan pointer semester semasa anda. Tetapi sebaliknya setelah anda tamat belajar, orang akan tanya pula pencapaian CGPA anda. Terutama ketika hendak ditemuduga untuk memohon sesuatu jawatan. Ketahuilah melalui pointer CGPA anda penemuduga sudah dapat menilai tahap pencapaian anda dalam pengajian. Baik atau sekadar cukup makan sahaja. Cuba anda bayangkan, siapa agaknya penemuduga akan pilih berdasarkan CGPA tadi? 

1.    GPA
GPA merupakan markah dan gred anda untuk setiap semester. Ianya dikira bermula dari markah bagi setiap subjek yang diambil untuk sesuatu semester. Markah dari setiap subjek ini akan didarap dan dibahagi dengan jumlah kredit yang diambil. Selalunya setiap subjek akan mempunya 2 ataupun 3 kredit. So markah anda kebiasaanya akan dikira seperti dibawah ini. Tetapi terlebih dahulu anda kena faham apa itu ‘pointer’ dan aper itu ‘jam kerdit’. Sebagai pelajar universiti anda kenalah faham dan ambil berat tentang benda ini. Kerana ianya melibatkan gred anda bila tamat nanti.

‘Pointer’ akan dikira mengikut pencapaian anda bagi setiap subjek yang diambil dalan semester semasa. Kalau bagus pencapaian anda boleh dapat A, kalau serdehana mungkin anda dapat B atau pun C.

Pointer skel

Manakala ‘jam kredit ’ pula adalah pemberat bagi sesuatu subjek. Ianya juga dikira sebagai jam pertemuan dangan lecture. Lagi berat subjek tersebut  lagi tinggi jam kredit nya. Lihat contoh credit hours seperti di bawah nie dan Sila rujuk jadual diatas untuk pengiraan.

NO.
COURSE
 CODE
NAME OF COURSE
CREDIT
 HOURS
* GRADE
CONTOH MARKAH
RESULT
 1.
 BEL482
 BUSINESS AND PROFESSIONAL COMMUNICATION
2.0
A-
3.67 X 2 credit = 7.34
LULUS
 2.
 IMC406
 LIBRARY SKILLS
3.0
A
4.00 X 3 credit = 12.00
LULUS
 3.
 IML454
 LIBRARY AND INFORMATION CENTER MANAGEMENT
3.0
B+
3.33 X 3 credit = 9.99
LULUS
 4.
 IML553
 PUBLIC RELATIONS IN INFORMATION WORK
3.0
A
4.00 X 3 credit = 12.00
LULUS
Contoh markah bagi semester semasa

Contoh pengiraan pointer GPA
     2.    CGPA
‘CGPA’ pula merupakan markah keseluruhan bagi semua semester yang telah dilalui. Jumlah pointer dari semester satu dan akan di campurkan semua semester sehingga sem. akhir. Anda boleh membaiki CGPA anda dengan meningkatkan grade GPA anda pada setiap semester. GPA ini amat berkait rapat terus dengan CGPA. Jiak setiap sem. Jika markah GPA anda rendah secara tidak lansung CGPA akan turut rendah juga. So yang penting jaga GPA anda pada setiap sem. Dapatkan markah yang terbaik untuk setiap subjek dengan mengunakan formula ‘A + T x Fe’ (Assignment+Test x Final exam) yang abang nyatakan dalam siaran yang lepas.

So dibawah ini adalah contoh GPA dan CGPA setiap sem. Untuk current semester jumlah pointer GPA adalah 3.44. Manakala 'Semester in total' pula adalah jumlah CGPA anda iaitu 3.50. Pengiraannya sama dengan menggunakan formula di atas, cuma perbezaan ialah GPA sem. 1 akan dicampur dengan sem. seterusnya dan dibahagi dengan jumlah kredit yang telah diambil.

Cara pengiraan CGPA
Contoh result dgn GPA dan CGPA
Kesimpulannya angka-angka ini amat penting untuk masa depan adik-adik. Dengan pointer GPA dan CGPA yang baik adik-adik akan mempunyai kelebihan dan peluang untuk  memilih jawatan yang sesuai untuk anda.

Sekian.

TQ

Tuesday, 16 June 2015

Bagaimana Untuk Cemerlang Sebagai Pelajar ePJJ

Menurut firasat patik tentu Tuanku sudah tahu jawapan nyer. Jawapannya ialah Fokus, Rajin dan last sekali Tawakal.

Sebagai pelajar adik-adik tentunya mempunyai pelbagai latarbelakang yang berbeza. Selalunya pelajar Diploma dan Degree akan bermula dengan kosong. Semua blank dan blur-blur lagi. Jangan takut, adik-adik tak kesaorangan dan tak perlu malu. Kerana sememangnya subjek yang diajar tidak semesti sama dengan aper yang telah adik-adik belajar di sekolah menengah mahupun di tempat kerja. Sebagai mahasiswa ePJJ adik-adik diajar supaya lebih banyak berdikari. Pandai dan tahu membahagi masa kerja dengan belajar. Pelajar ePJJ selalunya di cop sebagai pelajar tua (memang tua pun kita nie). 

Kelas pengajian ePJJ hanya diadakan sebanyak 5 seminar x 2jam pertemuan sahaja untuk setiap semester. Maka sudah semestinya adik-adik perlu banyak mengulangkaji sendiri pelajaran selain dari menjawap soalan-soalan yang akan diberikan oleh lecture secara online di dalam IClass mengikut minggu yang telah ditetapkan. 

Dalam menyambung belajar secara ePJJ nie kelebihan akan ada pada pelajar yang telah bekerja atau yang mempunyai Diploma dari bidang yang sama dengan jurusan yang diambil. Tapi itu itu bukan tiket untuk adik-adik untuk mendapat cermerlang. Ramai jugak yang ke parit dan tercungap-cungap cukup makan aje. Jadi kita tak mahu jadi macam mereka tu. Hampeh dan mengabih boreh ajo. Untuk menjadi pelajar cemerlang adik-adik bole cuba gunakan formula Abg seperti dibawah ini.

Fomula Abg senang aje: A + T x Fx = Excellente.

A (Assigement) + T (test) x Fx (Final Exam) = Cemerlang

'A' bermaksud ‘Assignment’.
Assignment merangkumi 20% dari markah keseluruhan kursus. Seperti yang telah Abg nyatakan sebelum ini markah assignment memainkan peranan dalam pencapaian keputusan anda. 10% markah untuk assignment secara Individu dan 10% lagi untuk assignment secara Grouping atau berkumpulan. Di sini la sebenarnya adik-adik boleh mendapatkan markah secara mudah. Markah assignment ini akan membantu menaikan keputusan GPA anda nanti.

Perhatian, hasilkanlah assignment yang bermutu sebagai seorang mahasisiwa. Jangan tangkap muat atau copy paste, Ok, Sendiri mahu ingat! Kalau pun adik-adik nak guna Google translate, adik-adik perlu baca semula, sebabnya selalunya translationnyer akan jadi tonggang langgang. Pening lecture nak baca. Good assignment will give you good result. Kena ingat, kebanyakkan lecture yang mengajar kita tu bertaraf Dr. ataupun Professor. So don’t expect dia akan beri markah yang tinggi untuk assignment kita yang cincai-cincai tu. Don’t take thing for granted.

'T' bermaksud ‘Test’.
Selalunya ramai pelajar akan tercicir markah disini, kerana tidak bersedia ataupun sambil lewa semasa menghadapi midterm test. Kerana mereka selalu beranggapan akan pulun habis masa final nanti. Jawapan nyer 'Silap Besar'.  Abg tahu, sebab abg sendiri pernah mengalami nyer dulu, masa test dapat markah rendah. Markah test selalu nya 20%. Banyak tuu. Selalunya kalau markah test kita rendah, lecture tak boleh nak tolong sangat. Kalau tu, tu la, tak bole nak top up lagi. Ader kemungkinan adik-adik akan jumpa lagi lecture yang sama next sem. So kena selalu bersiapsedia menghadapi test2 ini. Cuba dapatkan markah yang sebanyak mungkin.

'Fxbermaksud ‘Final Exam’.
Final Exam selalunya 60% dari markah keseluruhan. Final exam standard la, kena ulangkaji gila-gila sikit, kalau tak adik-adik yang gila nanti bila result keluar. Kata nak cemerlang kan. Selalunya pengajian EPJJ, subjek untuk Final exam tak banyak, paling tinggi 3 subjek dan kemungkinan jarak masa exam antara satu subjek dengan satu subjek lain jauh sikit. So ader ruang-ruang untuk adik-adik ulangkaji menghadapi final.

Nak ulangkaji pun kena ader step. Mula-mula adik kena tahu bila tarikh exam, supaya adik bole sesuaikan tempoh ulangkaji. Paling sesuai ulangkaji seminggu sebelum exam. Awal sangat pun nanti mudah lupa. Al maklumlah memory dah low.

Ok, Step pertama baca dulu keseluruhan modul Dari Bab 1 hingga habis secara sambil lalu, Lebih-lebih lagi bab yang lecture bagi hint tu. Tandakan dengan highlighter tajuk-tajuk yang anda rasa penting atau kemungkinan akan keluar.  Kemudian baca dan ulang balik semula pelan-pelan, dari satu Bab ke Bab sampai faham dan ingat. Biasa la kan pelajar tua nie... memory dah full. Lepas baca lupa balik. Tertido la. Anak kacau la. So ulang baca balik, tutup buku dan cuba hafal.



Adik-adik juga digalakkan untuk merujuk dan menjawab past year question untuk mendapat gambaran sebenar soalan yang akan keluar. Selalunya Abg akan menulis semula setiap jawapan untuk sesuatu soalan yang abg tahu diatas kertas. Ia amat membantu Abg untuk mudah ingat dan boleh dibaca semula sebelum masuk dewan peperiksaan. Selain itu Abg juga mengunakan teknik ‘Coding’. Contohnya untuk subjek Management atau Entrprenuer. Kita perlu kena banyak menghafal dan kena mengingati jawapanya.

Sebagai contoh untuk soalan test Mid Term.



Contoh Soalan: Discuss in Detail Mintzberg's Managerial Roles?

Jawapanya sebenar adalah panjang berjela-jela, kalau tak baca dan hafal, masa exam dunia akan jadi gelap sekejap… Tetapi untuk memudahkan adik-adik mengingati jawapan utama, adik-adik bole gunakan teknik 'Koding' jawapanya supaya  mudah diingat. Salah satu contoh koding mudah ialah DoReMi (Do = Masdo, Re = Amore, Mi = Minami) sedutan dari cerita P Ramlee. Iaitu mengingati Abjad pertama untuk setaip jawapam.

Contoh Jawapan Exam gunakan koding untuk soalah diatas:  IID Roles : FLL , MDS, NERD
  •     Interpersonal Roles:  FLL
  •     Informational Roles: MDS
  •     Decisional Roles: NERD

Secara tidak lansung adik-adik dapat recall back jawapan yang diperlukan. Kalau bole cuba kodekan kepada perkataan yang senang untuk kita ingat. Contoh "NERD' iaitu Negotiator, Entrepreneur, Resource Allocator dan Disturbance handler. Adik-adik boleh cuba dan ader pelbagai cara lain yang bole di cuba.




Balik kepada topic tadi, Final Exam memang kena pulun habis, Jangan biarkan soalan tanpa jawapan. At least jawab walaupun tak confident betul. Dari tiada markah lansung. Pengalaman Abg, lecture akan sedaya upaya membantu kita, supaya kita tidak gagal. Gunakan masa menjawap dengan arif untuk setiap soalan terutama soalan essay. Jangan leka ...Silap-silap haribulan tak cukup masa menjawap soalan.

Teknik menjawap essay, biar padat dengan fakta. Jangan membazir masa dengan karangan yang panjang berjela dengan bunga kerawang. Yang perting fakta, perlu ader: Introduction, 5 fakta jawapan serta conclusion (teknik dari Lecture, En. AP Azli). Selalunya setiap essay memperuntukkan 20 markah untuk setiap soalan iaitu:-

-        Introduction (3 markah)
-        5 Fakta x 3 markah (15 markah)
-        Conclusion(2 markah)

Contoh soalan dan jawapan fakta:

Contoh Soalan:
Advantages of documents conversion?

Contoh Jawapan Fakta::
Fast Access.(1 markah). Documents that converted into digital form can be access faster compare to the hardcopy document. These documents not only easy to be downloaded and uploaded but also can be access anywhere either through internet or with a Pen drive. (1 markah). As example we can easily access or sharing any data or documents we wanted from a computer with a click of our fingers much faster than before. (1 markah).

So disini anda sudah mendapat 3 markah untuk satu fakta. Senangkan. Selamat Mencuba dan try test.

Excellente (Cemerlang)
Bagaimana untuk mengukur tahap Excellent ataupun Cemerlang. Mengikut kadar tukaran mata wang asing semasa. Untuk makluman tahap kecemerlang adalah jatuh kepada nilai CGPA 3.0 and above. UITM meletakkkan KPI iaitu tahap pencapaian pelajar yang tamat pada CGPA 3.50 ke atas sebagai cemerlang. Manakala tahap pencapaian standard yang diletakkan pula oleh kebanyakkan institusi kerajaan dalam memohon sesuatu jawatan adalah minimum ialah 3.0 CGPA. 

So ingat, jaga pointer adik-adik untuk setiap semester. Jika tidak anda sendiri yang akan rugi, kerana setiap tahun jumlah graduan yang tamat adalah ramai. Tentunya saingan untuk mendapatkan pekerjaan adalah sengit. Bayangkan untuk satu jawatan tertentu, seramai 300 orang graduan akan memohon. Apakah criteria untuk melayakkan adik-adik terpilih untuk dipanggil temuduga? Selalunya organisasi akan membuat saringan terlebih dahulu berdasarkan pointer. Rezeki di tangan Allah. Untung Sabut Timbul Untung Batu Tenggelam.

Kesimpulannya kejayaan kita bukan sahaja terletak pada usaha diri kita sahaja. Tetapi ia  juga melibatkan lecture yang akan menilai prestasi kita. Rakan sekelas yang sama-sama menyiapkan projek atau assignment dan dari doa orang tersayang. Semuga Berjaya.

Sekian

Saturday, 13 June 2015

Assignment Time

Assignment ialah tugasan yang diberikan oleh pensyarah ataupun lecturer. Assignment nie ader bermacam-macam jenis. Ader yang dalam bentuk essay, slide presentation atau latihan. Ianya bole dibahagikan pula kepada dua katagori iaitu Assignment secara Individu ataupun Grouping.

Assignment nie bole datang bertimpa-timpa dengan tarikh penghantaran yang sama kepada lecturer. Be prepare aje dan yang penting perlu ingat tarikh hantar bila. Kadang-kanag lecturer boleh bertolak ansur dan jangan pelik ada juga yang tidak.(tangkap sentap)



Selalunya setiap subjek akan ader 2 assignment, Individu dan Grouping. Jika anda mengambil 4 subjek bermakna akan mempunya lapan assignment yang perlu disiapkan. Hantar assignment ikut tarikh yang telah ditetapkan, jangan tunggu last minit. Kalau tak, nanti tak cukup tangan. In the end assignment jadi tak sempurna dan carca marba.

Untuk adik-adik yang baru berjinak-jinak dengan assignment nie, jangan malu untuk minta bantuan dan pertolongan nasihat dan panduan dari abang atau kakak2 senior. Kalau tidak pun Pak Cik Google pun ader, bole tanya. Satu lagi diingatkan jangan copy paste atau recycle orang lain punya. Kerana yang rugi adalah anda sendiri sebab tidak akan faham subjek yang diambil, bila exam nanti ke parit.

Assignment Individual

Assignment secara individu terdapat dalam banyak jenis. Antara yang popular ialah article review, essay, slide presentation  dan ada juga dalam bentuk exercise.

1. Article review (Rumusan petikan)
Untuk article review selalunya lecture akan suruh kita dapatkan article dari sumber Database Emerald yang di sediakan oleh Perpustakaan Tun Abd Razak (PTAR), UITM. Dari database ini kita kena pilih article mengikut subjek yang diajar.  Setelah memilih article yang sesuai, buat rumusan aper yang kita faham dari article tersebut selalunya dalam 2 muka. 

Teknik membuat article review. Baca dua tiga kali atau lebih artikel tersebut sampai faham. Tandakan dengan highlighter atau pen maklumat-maklumat yang kita rasa penting semasa membaca. Tulis semula maklumat-maklumat penting tersebut tanpa lari dari tajuk asal article. Setelah siap kepilkan sekali article asal dengan article review anda.

Peringatan: Jangan pilih article yang susah nak faham atau panjang berjela. Sendiri mahu ingat.

2. Assignment .
  • Essay: Selalunya assignment jenis ini,  anda akan beri senarai judul oleh lecture. Assignment di buat buat perlu berdasarkan buku rujukan dan website. Kena ader Introduction, Isi serta ulasan dan kesimpulan topik . Perlu ada sumber rujukan. Lebih kurang 10 hingga 15 mukasurat.
  • Slide Pesentation: Selain membuat slide mengikut topic yang diberikan, pelajar juga perlu membuat presentation di dalam kelas. Markah akan diberikan mengikut isi topik dan gaya penyampaian anda.
  • Video: Untuk subjek tertentu seperti Bahasa Arab atau Management of Audio Visual Record & Archives anda dikehendaki membuat video.  bertutur dalam bahasa Arab secara individu. Lughatul Arabia.


3. Exercise (Latihan)
Exercise diberikan mengikut subjek utama, ianya lebih kepada practical supaya pelajar mahir dan faham dengan jelas. Exercise selaunya diberikan secara berperingkat dan mempunyai markah 'carry marks'  

Assignment Grouping

Seperti assignment individu, assignment grouping pun lebih kurang dalam bentuk yang sama… Cuma kali ini semuanya dibuat secara berkumpulan dan lebih mencabar, al maklum la berkumpulan. Dinasihatkan kalau nak grouping nie, pilihlah member yang boleh buat kerja sama-sama. Jangan pilih member yang huha aje.  Tetapi kadangkala kita tiada pilihan...layan je. Untuk grouping markah akan diberikan sama rata berdasarkan prestasi assignment kumpulan. So buat la sebaik mungkin. 


  • Laporan (essay): Assignment jenis ini adik-adik akan diberi senarai  judul oleh lecture. Assignment di buat buat perlu berdasarkan buku rujukan dan website. Perlu ada sumber rujukan. Kena ader ketua kumpulan yang rajin yang bole memantau setiap tugasan ahli kumpulan. Tugasan perlu dibahagikan mengikut berat dan jumlah ahli kumpulan. 
  • Slide Presentation: Selain membuat slide mengikut topic yang diberikan, pelajar juga perlu membuat presentation@persembahan di dalam kelas. Pembahagian tugas yang adil penting. Kalau tak nanti ader yang masam muka. Sebab kena buat kerja lebih. "Dah la tak nak buat, present pun tak mahu".
  •  Video: Untuk subjek tertentu seperti Bahasa Arab, pelajar dikehendaki membuat video bertutur dan berlakon dalam bahasa Arab secara berkumpulan. Pilih tempat yang sesuai untuk lakonan.  Seeloknya tidak lebih dari empat orang untuk satu kumpulan. Jika terlalu ramai nanti lecture susah nak bagi markah. Saba an Nur. Ismi Dol. he he.

  Kesimpulannya, assignment-assignment adalah sangat penting sebagai "carry marks" untuk memperbaiki pointer anda pada  semester seterusnya. Pastikan anda mendapat markah yang tinggi untuk setiap assignment yang diberikan. Kerana ini menentukan tinggi atau pun rendah GPA anda. 


Sekian.